Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai khas exco agama Kedah didakwa beri amaran kepada imam, khatib

-

ALOR SETAR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam melahirkan rasa tidak puas hati atas tindakan seorang pegawai khas kepada exco agama di negeri ini yang didakwa menggertak dan memberikan amaran kepada lebih 100 imam, khatib dan setiausaha masjid agar tidak mengkritik kerajaan.

ADUN Tanjung Dawai Hanif Ghazali berkata, pegawai agama itu yang juga bekas ahli parlimen di negeri ini, didakwa telah memberikan amaran kepada imam dan khatib berkenaan dalam sebuah pertemuan yang diaturkan Jabatan Agama Islam daerah Kuala Muda pada 24 Oktober lalu di Masjid Tunku Habsah, Sungai Petani.

“Dia telah memberi amaran kepada imam masjid supaya jangan mengkritik kerajaan, menyentuh perkara atau isu yang melibatkan masyarakat dan sosial,” katanya.

Terdahulu Hanif mendedahka­n perkara itu sebelum diberi pencerahan oleh ADUN Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim yang mencelah ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 (Negeri) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini semalam.

Fadzli berkata, perkara itu berpunca daripada tindakan dua khatib di sekitar masjid Sungai Petani yang menyentuh ketidakpri­hatinan kera- jaan menangani isu berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) sehingga membawa kepada jemputan untuk kesemua imam dan khatib sekitar kawasan itu hadir ke pertemuan terbabit.

“Khatib-khatib berkenaan sebenarnya mengingatk­an pihak berwajib supaya lebih berwaspada terhadap aktiviti tidak patuh syariah ini kerana bimbang akan mengundang kemurkaan Allah SWT seperti yang berlaku di Palu, Indonesia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia