Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain City itu berpendapa­t kemenangan pasukannya tamparan hebat kepada harapan United memenangi Liga Perdana

-

MANCHESTER: Pemain Manchester City Bernardo Silva berpendapa­t kemenangan tetangga ke atas Manchester United (MU) telah memberikan tamparan yang hebat kepada harapan musuh tetangga mereka itu untuk memenangi kejuaraan, dan berkata anak buah Jose Mourinho perlu “hampir sempurna” dari sekarang sehingga hujung musim jika mereka mahu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

City, juara bertahan Inggeris dan pendahulu EPL sekarang, membuka kelebihan 12 mata ke atas MU dengan kemenangan 3- 1 di Stadium Etihad pada Ahad lepas.

Gol- gol pada awal setiap babak dari David Silva dan Sergio Aguero meletakkan City 2-0 di hadapan sebelum MU mengurangk­an jarak menerusi tendangan penalti Anthony Martial sejurus sebelum minit ke- 60.

Bagaimanap­un Citu memastikan kemenangan empat minit sebelum tamat apabila Ilkay Gundogan melengkapk­an gerakan 44 hantaran d e n g a n menolak bola ke d a l a m g a w a n g dari jarak dekat.

Ini merupakan kekalahan keempat MU dalam 12 perlawanan dan meletakkan mereka di tempat kelapan dalam liga. S e b e - lum sepak m u l a , p e n g u - rus City P e p Guardiola mene g a s k a n M U akan tetap memberikan cabaran kepada kejuaraan walaupun mereka tewas, tetapi Silva tidak begitu pasti. “Ia tidak akan mudah. Bu- kan hanya Man City sahaja - mereka berada 10 mata di belakang Liverpool, banyak mata di belakang pasukan lain juga,” kata Silva.

“Mereka perlu hampir sempurna dan menunggu pasukan lain untuk melepaskan banyak mata. Saya rasa ia tidak akan mudah,” kata pemain antarabang­sa Portugal itu.

Silva, yang memberikan hantaran silang terakhir untuk membolehka­n Gundogan menjaringk­an gol, bangga dengan cara City bertindak balas setelah Martial memberi harapan kepada MU untuk bangkit.

“Selepas gol mereka, kami tahu mereka akan memperoleh­i keyakinan untuk cuba menjaringk­an gol kedua tetapi saya rasa persembaha­n kami menakjubka­n. Kami tidak melepaskan satu peluang - hanya tendangan penalti itu sahaja.

“Saya rasa pasukan kami memberikan perhatian yang sangat baik, sangat fokus kepada perkara yang kami perlu buat,” ujar Silva.

City melepaskan hanya empat mata sahaja setakat ini pada musim ini, menjaringk­an 36 gol dalam 12 perlawanan EPL dan melepaskan sekadar lima gol sahaja.

Namun pada peringkat sama pada musim lepas, mereka mendahului liga dengan kelebihan lapan mata tetapi sekarang mereka di depan dengan hanya dua mata sahaja ke atas Liverpool di tempat kedua.

“Kami tahu ia tidak akan mudah pada musim ini,” kata Silva. “Liverpool menikmati Liga Perdana yang hebat juga.

“Kami mahu cuba mendapatka­n kelebihan yang lebih besar pada bulan-bulan Disember dan Januari, di mana kita ada banyak perlawanan. Kami akan berusaha dengan gigih sekali untuk itu dan cuba memperbaik­i keadaan sekarang.”

Sementara itu pemain pertahanan MU Victor Lindelof percaya pasukannya sepatutnya lebih agresif ekoran gol Martial.

“Selepas kami menjaringk­an gol pertama kami, kami sepatutnya lebih agresif sedikit dan cuba dengan lebih lagi,” katanya dalam MUTV, stesen televisyen MU sendiri.

“Selepas gol itu, mereka agak gelisah dan ia rasa seakan- akan kami dapat menjaringk­an satu lagi, tetapi mereka sebaliknya menjaringk­an gol ketiga.

“Kami agak kerap menguasai bola tetapi kami tidak dapat melepasi barisan pertahanan mereka dan memasuki kawasan ketiga terakhir mereka. Kami cuba dan ia rasa seperti kami tidak dapat lagi menyakitka­n mereka.”

Kekalahan menyaksika­n MU lebih dekat dengan kelab Cardiff dalam zon penyingkir­an berbanding dengan City.

Namun apabila perkara ini disebut kepada Mourinho, pengurus MU, dia menjawab: “Saya rasa kami tidak akan tersingkir ke liga bawah.” — AFP

 ??  ?? SENGIT: Silva (kanan) melepaskan rembatan ke arah pintu gol United ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas.
SENGIT: Silva (kanan) melepaskan rembatan ke arah pintu gol United ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas.
 ??  ?? HAZARD
HAZARD
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia