Utusan Borneo (Sarawak)

Sturridge didakwa langgar peraturan pertaruhan FA

-

LONDON: Penyerang Liverpool Daniel Sturridge telah didakwa kerana salah laku berhubung dakwaan dia melanggar peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak (FA), badan bola sepak England itu mengumumka­n kelmarin.

FA berkata dakwaan itu ada kaitan dengan perkara yang berlaku pada Januari tahun ini.

Sturridge didakwa melanggar peraturan yang melarang penyerahan maklumat tentang pemain, pengurus, pemilihan pasukan atau perkara disiplin yang tidak diketahui orang awam ketika itu.

Pemain berusia 29 tahun itu ada masa sehingga jam 6.00 petang waktu tempatan pada 20 November untuk menjawab dakwaan.

Dia khususnya didakwa melanggar Peraturan E8 ( 1)( a)( ii) dan Peraturan E8(1)(b) FA.

Peraturan pertama menyatakan “seseorang peserta” tidak boleh bertaruh sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dengan mengarahka­n orang lain utnuk bertaruh mengenai sebarang aspek dalam perlawanan atau pertanding­an bola sepak atau “sebarang perkara lain mengenai atau yang ada kaitan dengan bola sepak di mana-mana sahaja di dunia”.

Peraturan kedua itu memberi amaran tentang penyerahka­n “maklumat dalaman” bagi tujuan pertaruhan.

Seorang jurucakap Liverpool, yang dipetik oleh BBC, berkata: “Daniel telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan jelas sepanjang proses ini dan memberikan jaminan kepada kelab bahawa dia akan terus berbuat demikian.

“Daniel juga telah menyatakan dengan mutlak bahawa dia tidak berjudi dalam bola sepak.”

Jurucakap itu menambah: “Seperti mana- mana isu seperti ini, kami akan membiarkan proses ini berjalan sepenuhnya sebelum kami membuat sebarang kenyataan lanjut.” — AFP

 ??  ?? NASRI
NASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia