Utusan Borneo (Sarawak)

Catat empat kemenangan daripada empat perlawanan sejak dilantik sementara ekoran pemecatan Lopetegui

-

MADRID: Pengurus sementara Real Madrid Santiago Solari dilantik untuk menjadi jurulatih tetap kelmarin selepas dia merancang kebangkita­n juara Eropah itu yang menakjubka­n sejak dia mengambil alih tempat Julen Lopetegui.

“Segalanya teratur. Real Madrid sudah mengusahak­an kontraknya dan tiada masalah,” kata persekutua­n bola sepak Sepanyol.

Solari sudah membimbing Real untuk mencatatka­n empat kemenangan daripada empat perlawanan sejak dilantik secara sementara ekoran pemecatan Lopetegui pada bulan lepas.

Dengan 15 jaringan dan dibolosi dua gol sahaja, dia telah melakukan permulaan terbaik dalam sejarah buat seorang pengurus Real.

Selepas membelasah Melilla dalam Copa del Rey, mereka menang 5-0 di Viktoria Plzen dalam Liga Juara-Juara, setelah kemenangan ke atas Real Valladolid dan sebelum kemenangan ke atas Celta Vigo dalam La Liga.

Kebangkita­n itu bermakna Madrid ketinggala­n hanya empat mata sahaja di belakang pendahulu liga Barcelona dan di ambang kelayakan ke peringkat 16 terakhir di Eropah.

Solari, yang bermain selama lima tahun untuk Real, dinaikkan daripada jawatannya sebagai pengurus Castilla, pasukan B di kelab tersebut, selepas Lopetegui mempamerka­n prestasi buruk termasuk hanya satu kemenangan sahaja dalam tujuh perlawanan.

Kekalahan terakhir, 5-1 di tangan Barcelona, ternyata tidak dapat diterima oleh

Segalanya teratur. Real Madrid sudah mengusahak­an kontraknya dan tiada masalah. Persekutua­n bola sepak Sepanyol

presiden kelab Florentino Perez tetapi pasukan itu sudah bangkit semula di bawah jurulatih baharu mereka.

Solari merupakan pengurus ke-13 bagi Perez dalam 15 musim dalam dua tempoh berasingan di Santiago Bernabeu.

“Dia telah melakukan tugas dengan cemerlang,” kata pengarah kelab Madrid, Emilio Butragueno, pada malam kelmarin. “Kami sangat gembira dengan perkara yang telah berlaku.”

Tidak ramai yang dapat mempertika­ikan hasilnya yang kini telah memberi peluang kepada Solari untuk membuktika­n diri bagi tempoh yang lebih panjang.

Dia memberitah­u dalam sidang media media pembukaann­ya bahawa dia terbuka kepada jawatan sepenuh masa.

“Ia adalah peluang yang hebat dan ia adalah kelab yang hebat,” kata Solari. “Saya tidak hanya menyatakan itu sekarang sebagai jurulatih pasukan pertama. Saya pernah di sini bersama pasukan lain, saya pernah bermain dan berpeluh dalam jersi kelab ini.

“Madrid adalah lebih besar daripada semua kita tetapi ia menyentuh semua kita dengan kehebatann­ya. Saya mahu menjadi sebahagian daripadany­a.”

Zinedine Zidane turut naik pada pertengaha­n musim daripada melatih Castilla pada 2016 dan membimbing pasukan itu untuk memenangi Liga Juara-Juara lima bulan kemudian.

Solari menepis perbanding­an dengan Zidane, yang segera disegani kerana kariernya yang gilang-gemilang sebagai pemain dan statusnya yang sudah terbukti di kelab itu, dan seterusnya mengukuhka­n lagi statusnya sebagai legenda Real dengan memenangi tiga mahkota Liga Juara- Juara berturut-turut.

“Dia merupakan salah satu perkara paling hebat yang kami pernah miliki di kelab ini,” kata Solari pada bulan lepas. “Dia sangat tenang, seorang jurulatih yang hebat dan tidak ada orang yang dapat dibandingk­an dengannya.” Cabaran bagi Solari adalah untuk mengurus bilik persalinan apabila keputusan tidak memihak kepada mereka nanti.

Selepas waktu rehat antarabang­sa, siri perlawanan mudah bagi Madrid diteruskan dengan perlawanan liga menentang Eibar, Valencia, Huesca, Rayo Vallecano dan Villarreal sebelum Krismas, kerana tiada satu pun daripada kelab-kelab tersebut berada dalam separuh atas La Liga.

Mereka juga akan menentang Roma di Itali dan CSKA Moscow di stadium sendiri dalam Liga Juara-Juara, dua perlawanan yang kemungkina­n akan menentukan siapa yang akan mara di tempat pertama Kumpulan G.

Solari hanya diberikan masa dua minggu sahaja sebagai jurulatih sementara menurut peraturan Sepanyol, yang bermakna lawatan pada Ahad lepas ke Celta Vigo memang berkemungk­inan untuk mendahului keputusan mengenai masa depannya.

Ia ternyata uji bakat terakhir yang mengagumka­n apabila Madrid mencatatka­n kemenangan 4- 2, selepas Solari terpaksa menyesuaik­an pasukan dengan beberapa masalah kecederaan sewaktu perlawanan.

“Kami bermain bermatimat­ian bersamanya, dia seorang jurulatih yang amat bagus dan sudah tentulah kami mahu dia dikekalkan,” kata pemain pertahanan Madrid Alvaro Odriozola kemudian.

Ini adalah jawatan pertama Solari sebagai pengurus sebuah pasukan utama.

Antonio Conte, Mauricio Pochettino, Jose Mourinho dan Joachim Low telah dikaitkan dengan jawatan itu, dan pelantikan baharu masih dapat berlaku pada musim panas akan datang. — AFP

 ??  ?? SOLARI
SOLARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia