Utusan Borneo (Sarawak)

Teong Kim aset bola sepak Malaysia, kata Dharma Raj

-

KUALA LUMPUR: Bola sepak Malaysia akan kehilangan aset bernilai sekiranya khidmat Lim Teong Kim sebagai Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) ditamatkan, kata pengendali skuad hoki wanita kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Beliau yang pernah membimbing skuad hoki lelaki remaja kebangsaan sehingga menduduki tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013 berkata, hanya satu sasaran tidak berjaya dicapai tidak membawa maskud gagal selamanya.

Katanya, dalam konteks pembanguna­n sukan, sesuatu kejayaan di peringkat remaja tidak memberi jaminan kecemerlan­gan pada masa hadapan apatah lagi menjadi kayu pengukur menilai tahap prestasi individu bertanggun­gjawab terhadap program pembanguna­n terbabit.

“Anda mungkin gagal raih sebarang kejayaan ( peringkat remaja) tetapi dengan pendedahan yang berterusan di bawah jurulatih yang berkualiti, pemain yang dihasilkan itu akan menunjukka­nmutudiper­lukan skuad senior,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Dharma Raj mengambil contoh ketua jurulatih hoki lelaki remaja England, Jon Bleby yang mencipta sejarah membimbing pasukannya menjuarai Piala Sultan Johor 2018 buat julung kalinya selepas 10 tahun diberi kepercayaa­n Persatuan Hoki England dalam menggilap bakat skuad remaja.

“Saya sudah kendalikan skuad lelaki dan wanita sejak tinggalkan skuad remaja tetapi sampai hari ini dia (Bleby) masih melatih skuad remaja. Di peringkat remaja, England bukan sebuah pasukan yang mantap malah kita tewaskan mereka pada Piala Dunia 2013 dan England menduduki tempat ke-14 daripada 16 negara bertanding.

“Walaupun tidak tunjukkan sebarang pencapaian, dia terus diberi kepercayaa­n kerana kemampuann­ya menyediaka­n pemain berkualiti dan ‘solid’ apabila diserap ke dalam skuad senior. Jadi ini yang sedang kita perkatakan (pembanguna­n belia). Dan beliau akhirnya berjaya mencapai satu kejayaan bersama skuad itu,” katanya.

Dalam pada masa sama, Muhammad Dharma Raj berkata melepaskan begitu sahaja seorang jurulatih tempatan yang memiliki pengalaman luas di peringkat antarabang­sa adalah satu kerugian besar.

Katanya, pengalaman 12 tahun sebagai penolong jurulatih skuad remaja Bayern Munich dan kelebihan memahami segenap aspek budaya pemain tempatan menjadikan Teong Kim individu paling tepat untuk mengemudi program pembanguna­n bola sepak tanah air itu.

“Ia satu kelebihan ada pada Teong Kim yang tiada pada jurulatih asing. Memahami sesuatu budaya itu sangat penting apabila mengendali­kan sesebuah pasukan dan ia sukar dilakukan oleh jurulatih asing.

“Dia (Teong Kim) sudah berguru di Bayern Munich dan kini pulang ke Malaysia. Dia faham landskap bola sepak tempatan kerana dia membesar dan bermain di Malaysia. Pakej yang dimiliki beliau boleh dikatakan hampir sempurna,” katanya.

Teong Kim, 55, mempunyai kontrak bersama AMD di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) sehingga 2020 dan dilihat sebagai individu tepat dalam menyediaka­n platform pembanguna­n bola sepak tanah air apabila dilantik menyandang jawatannya pada 2013.

Di bawah pengurusan­nya, skuadremaj­anegaramen­gecapi pelbagai kejayaan bersejarah di pentas antarabang­sa antaranya menjuarai Piala Iber Costa del Sol 2015 serta muncul juara Piala SuperMokh 2016 selain kedudukan tiga teratas dalam beberapa siri kejohanan jemputan.

Namun, nama Teong Kim menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tempatan selepas dipecat sebagai ketua jurulatih susulan kegagalan skuad Bawah 16 Tahun (B16) negara pada kempen Kejuaraan B-16 Konfederas­i Bola sepak Asia (AFC) 2018.

Selain itu, pendedahan jumlah gajinya yang dilaporkan berjumlah RM175,000 sebulan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menarik perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam pada itu, Muhammad Dharma Raj optimis karakter serta ideologi bola sepak yang dimiliki Teong Kim dapat melahirkan ramai pemain muda berpotensi yang mempunyai corak permainan bermutu tinggi.

“Saya kini berusia 49 tahun dan saya belum pernah melihat mana- mana pasukan bola sepak Malaysia bermain seperti itu sebelum ini … ia corak permainan bola sepak yang sangat berbeza dan saya bangga melihatnya. Stail permainan mereka, sangat bagus dan sesetengah pemain itu nampak potensinya seperti Luqman... dia seorang pemain hebat.

“Teong Kim juga ada satu karakter seorang jurulatih yang unik. Biar bagaimana tegas pun beliau beliau tetap dihormati pemainnya,” tambahnya.

Bernama difahamkan Teong Kim kini berada di Jerman untuk meluangkan masa bersama keluarga sementara menanti keputusan mengenai statusnya selaku pengarah AMD yang dijangka diketahui dalam masa terdekat.

S u m b e r t e r d e k a t memaklumka­n kepada Bernama bahawa Teong Kim akan terus memegang jawatannya dengan Persatuan BolaSepakM­alaysia(FAM)dan dikhabarka­n bakal memainkan peranan dalam membantu AMD. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia