Utusan Borneo (Sarawak)

ASUM senarai empat calon jurulatih luar untuk skuad renang

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menyenarai­kan empat calon jurulatih luar dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk skuad renang negara.

Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen berkata badan induk sukan itu memerlukan jurulatih berpengala­man dalam melatih atlet dengan corak latihan berprestas­i tinggi terutamany­a dalam persiapan misi meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Jurulatih luar yang disenaraik­an itu mempunyai pengalaman luas bukan sahaja sebagai jurulatih tetapi sebagai atlet. Mereka juga antara jurulatih yang boleh membantu ASUM menyediaka­n ‘ blueprint’ latihan skuad renang.

“ASUM juga menilai dalam aspek komunikasi. Jurulatih yang dipilih perlu mempunyai komunikasi yang baik bukan sahaja dengan atlet tetapi dapat berkongsi pengalaman kepada jurulatihj­urulatih tempatan,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Penetapan Program Latihan 2019 yang membabitka­n 26 persatuan sukan di MSN, Bukit Jalil di sini semalam.

Mae berkata pihaknya akan menyerahka­n senarai calon tersebut kepada Majlis Sukan Negaradanb­erharappel­antikan itu dapat dilakukan secepat mungkin bagi persediaan atlet menghadapi kejohanan penting tahun hadapan.

Portal tempatan sebelum ini melaporkan jurulatih renang kelahiran Great Britain, Chris Martin dan Dr Micheal Peyrebrune dari Amerika Syarikat adalah antara calon pengendali baharu skuad kebangsaan yang disenarai pendekkan bagi menggantik­an Paul Birmingham, bulan depan.

Jelasnya pemilihan jurulatih luar itu sangat penting kerana negara mempunyai perenang berpotensi tinggi seperti Welson Sim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia