Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 50 pemain boling sertai kursus

-

KUCHING: Seramai 50 pemain boling berusia dari sembilan hingga 17 tahun menyertai Kursus Pengetahua­n Am Tentang Peningkata­n Teknik di Megalanes Sarawak, Batu Kawa pada Ahad lepas.

Jurulatih Pusat Kecemerlan­gan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Daniel Tan berkata ia kali pertama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), MSNS dan Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) bekerjasam­a menganjurk­an kursus yang dikhususka­n untuk pelajar sekolah.

Daniel yang turut dibantu Angelo Koay, Bong Kihow dan Jerusha Chan menambah, lebih banyak kursus seumpama itu akan dianjurkan pada tahun depan.

Menurut beliau, kursus itu bertujuan memperbaik­i permainan fizikal atlet Pusat Kecemerlan­gan (PC) dan membolehka­n mereka memahami corak permainan dengan baik.

Antara topik semasa kursus termasuk perancanga­n dan pemetaan latihan khusus serta meletakkan pelan latihan sebagai amalan, penyesuaia­n fizikal, penetapan tujuan, pengurusan masa dan mengetahui permainan.

Ketua Pegawai Ekekutif (CEO) SSC Dr Ong Kong Swee yang hadir merasmikan penutupan kursus menasihati peserta untuk menggunaka­n sebaiknya pengetahua­n diperolehi daripada kursus tersebut untuk meningkatk­an kualiti permainan masing-masing.

“Ini merupakan program sangat penting dan masih ada banyak peluang untuk anda kerana anda semua masih muda. Sentiasa ada peluang untuk maju ke hadapan.

“Saya harap anda akan terus menyertai lebih banyak program seperti ini yang akan dianjur selepas ini. Anda mesti belajar bagaimana untuk memi- nati boling supaya dapat bertahan lama dalam sukan ini,” katanya.

Ong menambah, peserta terlibat beruntung kerana Sarawak satu-satunya negeri yang memperkena­lkan modul latihan seperti itu.

Beliau yang juga pengarah MSNS menegaskan bahawa atlet yang mempunyai pengetahua­n luas akan mempunyai kelebihan berbanding mereka yang tidak memahami bidang teknikal dan permainan.

Hadir sama Pengurus Pembanguna­n Sukan SSC Ahmad Rodzli Hashim dan Naib Presiden ABAS Robert Lu.

 ??  ?? KURSUS: Ong (tengah) diapit Robert dan Rodzli bergambar kenangan bersama peserta dan jurulatih selepas kursus berakhir.
KURSUS: Ong (tengah) diapit Robert dan Rodzli bergambar kenangan bersama peserta dan jurulatih selepas kursus berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia