Utusan Borneo (Sarawak)

Lima program kelas kebudayaan Orang Ulu tamat dengan jayanya

- Oleh Agnes Tugong

AKADEMI Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) berjaya menamatkan lima program kelas kebudayaan Orang Ulu yang dianjurkan oleh akademi tersebut.

Ketua ASADIA Mabong Unggang berkata, lima kelas kebudayaan ini meliputi kelas membuat kain tradisiona­l Orang Ulu atau Basong Taah, kelas tarian Orang Ulu (Kajen Doh), kelas sape, kelas tarian Orang Ulu (Leleng) dan kelas tarian Orang Ulu lelaki.

Bercakap pada majlis tamat kelas-kelas tersebut baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang gembira melihat kejayaan ASADIA menganjurk­an kelas kebudayaan ini.

Lebih mengembira­kan beliau, kejayaan kelaskelas ini adalah hasil daripada sumbangan beliau kepada akademi sebanyak RM10,000 pada tahun 2016.

“Saya berharap ASADIA akan terus menghidupk­an dan memartabat­kan lagi seni warisan budaya masyarakat Dayak di negeri ini,” katanya.

Melihat kepada kejayaan kelas-kelas kebudayaan ini, Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) turut tidak keberatan untuk menyumbang RM5,000 lagi untuk membantu ASADIA.

Terdahulu, Presiden SADIA Sidi Munan berkata persatuan akan terus menyokong usaha akademi dalam memelihara dan memartabat­kan seni warisan budaya masyarakat Dayak di negeri ini.

Malah beliau percaya seni warisan budaya ini boleh dibangunka­n menjadi sebuah industri yang membawa kepada keuntungan. SERAMAI 16 pelajar tingkatan dua hingga empat menyertai Program Mini Kembara Hijrah yang berlangsun­g di Surau Darus Salam, Taman Bumiko di Miri.

Ia adalah anjuran bersama Surau Darus Salam Taman Bumiko dengan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri dan Biro Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Program selama dua hari yang bermula 10 dan 11 November itu disertai pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru, SMK Lopeng Tengah, SMK Luak, SMK Dato Permaisuri dan SMK Tinjar.

Majlis penutupan rasmi disempurna­kan Pengerusi Surau Darus Salam Jamaluddin Shani.

Antara fasilitato­r jemputanny­a ialah Ustaz Syahrun Yahya, Mohd Ansari Baseair, Ustazah Syuriani Osman Surkano, Ustazah Juani Juli dan Fairuz Shaida Habibi.

Program tersebut diadakan bagi mendidik dan memupuk remaja agar lebih menghayati dan memperbaik­i diri agar terus istiqamah menjadi mukmin yang beriman dan soleh.

 ??  ?? HASIL POSITIF: Peserta kelas tarian Orang Ulu merakamkan gambar bersama pada majlis ringkas tamat kelas di Kota Padawan, baru-baru ini.
HASIL POSITIF: Peserta kelas tarian Orang Ulu merakamkan gambar bersama pada majlis ringkas tamat kelas di Kota Padawan, baru-baru ini.
 ??  ?? TERIMA SIJIL: Para pelajar dari lima sekolah menengah menerima sijil masing-masing selepas menamatkan Program Mini Kembara Hijrah.
TERIMA SIJIL: Para pelajar dari lima sekolah menengah menerima sijil masing-masing selepas menamatkan Program Mini Kembara Hijrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia