Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lubok Antu rai pelajar cemerlang, tingkatan lima

-

dan kesinambun­gan kepada lawatan sambil belajar yang kita telah adakan di Kuching pada Oktober lalu,” jelasnya.

Pada sesi lawatan kali ini, kanak-kanak tabika dibawa melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat, Balai Polis, Pejabat Pos, Perpustaka­an Awam, Muzeum Warisan dan Fun Planet di Unaco sebelum menikmati makan tengah hari di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken.

Tambah Norhayati lagi, pihaknya juga akan meneruskan lawatan serupa pada tahun hadapan.

Turut mengiringi lawatan ini Guru Tabika KEMAS Batu Lintang Janet Itu Peter serta dua Guru Tabika KEMAS Salcra Pakit Kelas A dan B, Korina Nelson Wright dan Nurul Asnie @ Moni Ason. SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu telah mengadakan Majlis Graduasi dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 di Dewan Sekolah berkenaan di Lubok Antu, baru-baru ini.

Terdahulu, majlis berkenaan telah dirasmikan Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang.

Seramai 33 pelajar cemerlang tingkatan tiga dan 104 pelajar tingkatan lima diraikan pada majlis ini.

Pengetua Boo Mee Lian dalam ucapannya menyampaik­an tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukka­n pencapaian yang membanggak­an dalam bidang akademik dan kokurikulu­m serta selamat graduasi kepada 104 pelajar tingkatan lima.

Jugah Muyang dalam ucapannya pula menyatakan sebagai anak jati Lubok Antu, beliau sentiasa berdiri teguh dan menyokong penuh keperluan program Pendidikan sekolah ini.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan bernilai RM10,000 untuk meningkatk­an kecemerlan­gan murid dari aspek akademik, kokurikulu­m dan sahsiah murid.

 ??  ?? SERONOK: Norhayati (empat kiri, barisan belakang), Korina (dua kiri, barisan belakang), Janet Itu (kanan), Nurul (dua kanan) bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Sri Aman selepas menamatkan lawatan ke Pejabat Pos di Sri Aman, kelmarin.
SERONOK: Norhayati (empat kiri, barisan belakang), Korina (dua kiri, barisan belakang), Janet Itu (kanan), Nurul (dua kanan) bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Sri Aman selepas menamatkan lawatan ke Pejabat Pos di Sri Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia