Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti media sosial dan sumbangan mereka kepada masyarakat dalam program di TV1

-

KISAH selebriti media sosial dan sumbangan mereka kepada kebajikan masyarakat dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai antara program terbaharu yang bakal menemui penonton mulai 16 November ini, setiap Jumaat, jam 4.30 petang menerusi saluran TV1.

Bersama hos Azhar Zainal mengenali beberapa orang individu atau tokoh yang kerjayanya sangat berkaitan dengan media baharu sehingga hasil kerja mereka menjadi viral dan mempunyai peminatnya sendiri dalam program diberi tajuk ‘Ikon Siber’.

13 episod, membawa anda mengenali dengan lebih dekat lagi 13 selebriti media sosial yang mempunyai latar belakang berbeza namun hakikatnya dapat dibanggaka­n rakyat Malaysia. Temu ramah bersama selebritis­elebriti ikon siber yang mempunyai keunikan sendiri dan antara mereka Jess Tan yang sanggup merendahka­n diri bersamanya secara santai sungguh pun beliau mengurus sebuah syarikat besar dan tersenarai dalam majalah Forbes.

Rasa kagum dengan keupayaan dan bakat Wany Hasrita sebagai seorang penyanyi, Faiz Ibrahim antara penulis buku yang dalam usia muda dapat mempengaru­hi kaum remaja untuk berfikiran positif terhadap cabarancab­aran kehidupan, Mek Onie yang berkongsi pelbagai informasi mengenai pelanconga­n dan pengembara­an, Amirul Mukmin seorang yang berjiwa riang gembira menampilka­n ciri ini ke dalam klip video yang dihasilkan­nya, Moji pula seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambar-gambar beliau.

Episod pengenalan­nya membawa penonton bertemu dengan Bengah, seorang juru foto yang mempunyai lebih dari dua ratus ribu orang pengikut dalam media sosialnya.

Bengah sangat menyayangi adik perempuann­ya bernama Afiatul, seorang kanakkanak istimewa.

Mereka bersiar-siar menikmati pemandanga­n bandaraya Melaka dan mengunjung­i muzium kapal selam sambil berbual mengenai pekerjaan dan pengalaman Bengah sebagai juru foto.

Pengacara telah meluangkan masa pergi ke Kuantan, Pahang dan berjumpa dengan Anis Arif, ikon siber yang memperkena­lkan tudung Ruffle dan Nanoness.

Anis menceritak­an bagaimana beliau mencetuska­n idea untuk melahirkan produk fesyen itu dan peluang-peluang perniagaan yang kian meningkat.

Kunjungan Azhar ke Jeram, Kuala Selangor mempertemu­kannya dengan Rara, ikon siber yang suka dengan sukan lasak seperti motosikal ‘off road’, gelongsor di udara dan berkayak.

Azhar dan Rara mencuba beberapa acara seperti itu di Jeram dan di ‘Skytrex’ di Shah Alam.

Kenali Christophe­r Tock Zhin Fei, pengasas, social grooves.com yang mengurus laman media sosial para selebriti seperti pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei.

Christophe­r berkongsi pengalaman dengan Azhar sambil berkayak di Tasik Chenderoh, Lenggong, Perak. Laman media sosial Tock juga mempromosi­kan pemakaian sarung. Kempen beliau ini telah menarik ramai peminat daripada seluruh dunia dan beliau telah memenangi anugerah sebagai usahawan media sosial.

Di Taman Tema, Lost World Of Tambun, Perak, hos menemui seorang ‘blogger’ yang dikenali dengan nama media sosial sebagai Framestone.

Framestone berkongsi pengalaman dengan Azhar mengenai inspirasi yang mendorong beliau menulis mengenai pelbagai topik yang beliau berminat. Mereka juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di Taman Tema itu.

Bersama Haqiem Rusli seorang penyanyi muda yang mencatatka­n nama dalam industri muzik pergi mengembara di Krabi, Thailand. Beliau mempunyai lebih daripada setengah juta orang pengikut di media sosial. Di Koh Kau Lading, mereka membuat penyelaman ‘snorkeling.’

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ?? TETAMU: Antara tetamu jemputan dalam Ikon Siber.
TETAMU: Antara tetamu jemputan dalam Ikon Siber.
 ??  ?? IKON SIBER: Bersama Moji, seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambar-gambar yang diambil oleh beliau.
IKON SIBER: Bersama Moji, seorang pengembara solo yang suka mengabadik­an perkara-perkara yang unik dalam gambar-gambar yang diambil oleh beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia