Utusan Borneo (Sarawak)

Menyatakan pihaknya bimbang mengenai masa depan komuniti paling mudah terjejas di Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Presiden Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Inter- Amerika (IACHR) mengkritik polisi oleh presiden Brazil yang baharu dilantik Jair Bolsonaro terhadap menangani jenayah kejam kelmarin, berikutan satu lawatan selama seminggu ke negara gergasi Amerika Selatan itu.

Margarette May Macaulay mengecam kenyataan Bolsonaro yang lepas sebagai “kejam” dan menyatakan pihak suruhanjay­a berasa “bimbang” mengenai masa depan komuniti paling mudah terjejas di Brazil sebaik sahaja beliau memegang kuasa pada 1 Januari.

Macaulay memberitah­u AFP bahawa IACHR telah mengenal pasti “cara bebas dari hukuman yang berkaitan dengan pembunuhan tanpa perbi- caraan, penangkapa­n yang tidak mematuhi undang-undang dan penahanan yang tidak sah dari segi undang-undang,” sebagai salah satu pencabulan hak asasi manusia yang utama menjejaska­n Brazil.

“Pembebasan dari hukuman berkaitan dengan keganasan terhadap wanita dan terhadap keturunan afro dan penduduk pribumi” adalah satu lagi kebimbanga­n utama, tambah beliau.

Pemimpin haluan kanan itu menimbulka­n kemarahan malah sebelum pilihan raya apabila beliau menyatakan bahawa pasukan keselamata­n dituduh membunuh penjenayah “seharusnya dihargai dan bukannya dihadapkan di mahkamah” agar dipertangg­ungjawabka­n bagi tindakan mereka.

“Kami memikirkan ia ada- lah kejam di mana sesiapa, terutamany­a seseorang yang ingin menjadi kuasa politik paling tinggi di negara ini, akan mengeluark­an kenyataan seperti itu, dan kami berharap bahawa ia hanya sekadar satu kenyataan,” kata Macaulay yang berasal dari Jamaica.

Kenyataan Bolsonaro telah diburukkan lagi oleh bakal gabenor konservati­f Rio de Janeiro Wilson Witzel yang berkata beliau akan mengarahka­n anggota penembak polis agar menembak suspek malah ketika nyawa anggota polis tidak berada dalam bahaya.

Menurut statistik rasmi, 5,144 orang terbunuh semasa operasi polis pada 2017, dianggarka­n 14 orang dalam sehari dan satu peningkata­n sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Macaulay (tengah) bercakap semasa sidang media di Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar AFP TEGAS: Macaulay (tengah) bercakap semasa sidang media di Rio de Janeiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia