Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban kebakaran hutan di California meningkat 42 orang

-

LISBON: Kerajaan Portugal kelmarin melahirkan kebimbanga­n berhubung peningkata­n rasa tidak selamat dalam kalangan rakyatnya yang berada di Mozambique selepas penculikan dan pembunuhan ahli perniagaan Jose Paulo Antunes Caetano, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Kementeria­n Hal Ehwal Luar Portugal, Ketua Pengarah Dasar Luar negara itu Pedro da Costa Pereira telah memaklumka­n Duta Mozambique ke Portugal Joaquim Bule bahawa persepsi itu telah diperkukuh oleh beberapa episod membabitka­n kehilangan atau kematian rakyat Portugal di negara Afrika tersebut.

Portugal memberikan keutamaan ke atas keadaan keselamata­n di mana kebanyakan komuniti Portugal di Mozambique tinggal.

Kenyataan itu menyebut komuniti tersebut telah menyumbang secara signifikan terhadap pembanguna­n ekonomi dan sosial Mozambique.

Bagi memastikan keselamata­n rakyat Portugal di Mozambique, kerajaan Portugal telah menzahirka­n komitmenny­a untuk meneroka dengan pihak berkuasa Mozambique potensi mewujudkan instrumen dua hala dan kemungkina­n mekanisme baharu bagi membolehka­n satu pertukaran maklumat yang mencukupi antara kedua- dua negara, menurut kenyataan itu.

Ahli perniagaan Portugal yang diculik itu telah ditemui mati pada Ahad berhampira­n ibu kota Mozambique iaitu Maputo, setelah tebusan yang diminta dibayar sejurus selepas beliau diculik pada Jumaat.

Seorang lagi pengusaha Americo Sebastiao telah diculik dan masih hilang sejak 29 Julai 2016 di Nhamapadza dalam daerah Maringue, Mozambique tengah.

Portugal sering menawarkan kerjasama dalam bidang kehakiman dengan Mozambique bagi mengesan ahli perniagaan yang hilang namun pihak berkuasa Mozambique telah menolak, lapor agensi berita Portugal Lusa. — Bernama LOS ANGELES: Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 42 orang, menjadikan­nya malapetaka paling dahsyat dalam sejarah negeri itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Sebanyak 13 mayat ditemui kelmarin di California Utara, kebanyakan mayat rentung dan sukar untuk dikenal pasti, kata Syerif Daerah Butte Kory Honea.

Beliau berkata lebih 200 orang masih hilang dan 117,000 ekar tanah musnah.

Timbalan Ketua Cal Fire, Scott McLean berkata tiupan angin dijangka berkuranga­n kelmarin dan kelembapan mula meningkat, ia dapat membantu memudahkan usaha memadam kebakaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia