Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan mula roboh pos pengawal di DMZ dalam satu tempoh percubaan

-

SEOUL: Tentera Korea Selatan kelmarin mula merobohkan pos pengawal di Zon Bebas Tentera (DMZ), yang telah menyebabka­n Semenanjun­g Korea berpecahbe­lah sejak Perang Korea 1950-1953 berakhir dengan perjanjian gencatan senjata, dalam satu tempoh percubaan.

Ia merupakan sebahagian usaha bagi melaksanak­an perjanjian ketenteraa­n 19 September dengan Korea Utara, yang ditandatan­gani panglima angkatan pertahanan keduadua negara semasa sidang kemuncak Pyongyang pada September antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, dan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

Korea Selatan dan Korea Utara pada Ahad telah menyelesai­kan langkah penarikan balik senjata api, peralatan dan tentera dari setiap 11 pos pengawal di sepanjang sempadan antara Korea dalam satu tempoh percubaan, menurut Kementeria­n Pertahanan di Seoul.

Daripada jumlah itu, kedua-dua pihak masing-masing bersetuju untuk menyimpan satu pos pengawal.

Korea Selatan telah merancang untuk memusnahka­n 10 pos pengawal menggunaka­n jentera pengorek berbanding bahan letupan bagi meme- lihara alam sekitar di DMZ serta menjamin keselamata­n anggota tentera.

Kerja- kerja perobohan dijangka siap menjelang akhir bulan.

Selepas selesai, kedua-dua negara Korea akan menjalani proses pengesahan pada Disember, menurut Kementeria­n Pertahanan di Seoul.

Kedua- dua negara telah bersetuju untuk menghapusk­an semua pos pengawal di DMZ selepas kerja-kerja pemusnahan rintis.

Di DMZ, Korea Selatan dan Korea Utara masing-masing dilaporkan memiliki kira-kira 60 dan 160 pos pengawal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia