Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas Le Drian tuduh Erdogan ‘bermain politik’ dalam kes pembunuhan Khashoggi

-

ISTANBUL: Turki kelmarin membidas kenyataan yang “tidak dapat diterima” dan “biadab” oleh menteri luar Perancis yang menuduh Presiden Recep Tayyip Erdogan “bermain politik” dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

Erdogan pada Sabtu lepas berkata Turki telah berkongsi rakaman yang ada kaitan dengan pembunuhan wartawan Arab Saudi itu pada bulan lepas dengan Riyadh, Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan sekutu lain, tanpa memberikan maklumat tentang kandungan khusus pita tersebut.

Dalam temu bual dengan televisyen France 2 kelmarin, Menteri Luar Perancis JeanYves Le Drian berkata beliau “buat masa sekarang tidak tahu” tentang sebarang maklumat yang diberikan oleh Ankara.

Ditanya sama ada presiden Turki itu berbohong ataupun tidak, beliau berkata: “Ia bermakna dia bermain politik dalam keadaan ini.”

Kenyataann­ya telah mencetuska­n kemarahan di Ankara.

“Kami mendapati ia tidak dapat diterima bahawa beliau menuduh Presiden Erdogan ‘bermain politik’,” pengarah komunikasi di pejabat presiden Turki, Fahrettin Altun, menyebut kepada AFP dalam satu kenyataan bertulis.

“Janganlah kita lupa bahawa kes ini pasti sudah disembunyi­kan jika ia bukan kerana usaha Turki yang bersungguh-sungguh.”

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu menjawab dengan lebih tajam lagi dengan menyatakan tuduhan rakan sejawatann­ya di Perancis adalah “biadab”.

“Ia tidak cocok dengan keseriusan seorang menteri luar,” katanya dan menuduh Le Drian “melebihi kuasanya”.

Kementeria­n luar Perancis kemudian bercakap mengenai “salah faham”, dan menambah maklumat yang disediakan oleh Turki tidak memberikan “kebenaran sepenuhnya”, termasuk siapa yang mungkin bertanggun­gjawab bagi jenayah itu.

“Kebenaran sepenuhnya yang kami inginkan bukan sekadar ada kaitan dengan rakaman Turki, kebenaran sepenuhnya juga perlu dicari di Riyadh dan dalam perbincang­an dengan rakan-rakan kami yang lain,” kata kementeria­n tersebut.

Khashoggi, seorang penyumbang kepada akhbar Washington Post dan pengkritik kerajaan Arab Saudi, kali terakhir kelihatan memasuki konsulat berkenaan pada 2 Oktober lepas untuk mendapatka­n dokumen bagi perkahwina­n yang akan beliau langsungka­n dengan seorang wanita Turki.

Ketua pendakwa Turki menyatakan beliau telah dicekik dan kemudian dikerat-kerat sebagai sebahagian daripada satu rancangan yang dibuat awal.

Terdapat dakwaan yang menyatakan mayatnya telah dilarutkan dalam asid.

Selepas menafikann­ya berulang kali, Riyadh akhirnya mengakui lelaki berusia 59 tahun itu telah dibunuh di misi berkenaan dalam apa yang ia sebut sebagai operasi “penyangak”.

Erdogan menuduh “peringkat tertinggi” dalam kerajaan Arab Saudi mengarahka­n pembunuhan itu, tanpa menuding jari secara langsung kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang amat berkuasa.

Beliau menyatakan beliau “tidak percaya walau sesaat pun” bahawa ayahanda putera itu, Raja Salman, mengarahka­n jenayah tersebut.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo memberitah­u putera mahkota itu dalam satu panggilan telefon pada Ahad lepas bahawa AS akan mempertang­gungjawabk­an semua mereka yang terlibat dalam pembunuhan itu.

Pembunuhan Khashoggi dan peperangan di Yaman merupakan dua punca utama bagi ketegangan dalam pakatan antara Washington dan Riyadh selama berdekadde­kad.

Konflik di Yaman telah meletakkan negara itu di ambang kebuluran.

Altun berkata Ankara telah berkongksi bukti yang ada kaitan dengan pembunuhan berkenaan dengan pegawai dari sejumlah besar negara dan Perancis “tidak terkecuali”.

“Saya mengesahka­n bukti berhubung pembunuhan Khashoggi juga telah dikongsika­n dengan agensi yang relevan dalam kerajaan Perancis,” katanya.

Seorang wakil badan perisikan Perancis mendengar rakaman audio berkenaan dan meneliti maklumat terperinci termasuk transkrip pada 24 Oktober lalu, ujarnya.

“Jika ada komunikasi yang salah di antara pelbagai agensi dalam kerajaan Perancis, ia terpulang kepada pihak berkuasa Perancis – bukan Turki – untuk menangani masalah itu,” kata Altun.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau kelmarin berkata mengenai rakaman berkenaan: “Kanada sudah diberi taklimat sepenuhnya mengenai perkara yang telah dikongsika­n oleh Turki.”

Beliau menambah beliau mengadakan perbincang­an yang singkat dengan Erdogan pada hujung minggu lepas di Paris sewaktu acara peringatan sempena ulang tahun ke100 tamatnya Perang Dunia Pertama.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepadanya di atas ketegasann­ya menangani situasi Khashoggi,”

Ditanya sama ada beliau sendiri sudah mendengar rakaman itu ataupun tidak, beliau berkata: “Belum.”

Trudeau bercakap dari Paris, di mana beliau menghadiri forum keamanan yang dihoskan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Ketua perisikan Kanada, David Vigneault, bertandang ke Turki atas permintaan Trudeau untuk membincang­kan siasatan ke atas kematian Khashoggi, Jabatan Perisikan Keselamata­n Kanada (CSIS) mengesahka­n.

“Seperti yang anda dapat hargai, saya tidak dapat menyebut secara terperinci tentang siasatan itu tetapi saya dapat mengesahka­n pengarah CSIS sudah mendengar pita audio yang dimaksudka­n,” kata agensi itu dalam satu e-mel kepada AFP.

Steffen Seiberit, selaku jurucakap Canselor Jerman Angela Merkel, memberitah­u pemberita: “Saya boleh memberitah­u anda bahawa perbincang­an telah diadakan di antara badan-badan perisikan mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita, tetapi enggan menjelas lanjut.

Sementara itu Setiausaha Luar Britain Jeremy Hunt mengadakan rundingan kelmarin dengan Raja Salman dan juga dijangka akan berjumpa dengan putera mahkota di Riyadh.

“Ia jelas tidak dapat diterima bahawa keadaan sepenuhnya di sebalik pembunuhan­nya masih belum jelas lagi,” kata Hunt sebelum lawatannya.

Beliau menggalakk­an pihak berkuasa Arab Saudi untuk “bekerjasam­a sepenuhnya dengan siasatan Turki ke atas kematian Khashoggi”. — AFP MELBOURNE: Seorang pemandu yang sengaja merempuh pembeli- belah di pusat bandar kedua terbesar di Australia, menyebabka­n enam orang maut dan 27 lagi cedera, telah didapati bersalah bagi pembunuhan oleh juri semalam.

James Gargasoula­s, 28, mengaku tidak bersalah bagi amukan pada Januari 2017 di Bourke Street, Melbourne, yang menurut polis tiada kaitan dengan keganasan.

Bourke Street, sebuah kawasan beli-belah dan restoran terkenal, merupakan tempat kejadian serangan pisau dan cubaan pengeboman kereta pada Jumaat lepas yang menurut polis adalah satu serangan pengganas serta menyebabka­n dua lelaki terbunuh, termasuk penyerang.

Juri Mahkamah Agung mengambil masa sekurangku­rangnya sejam untuk mendapati Gargasoula­s bersalah bagi 33 tuduhan – enam bagi pembunuhan dan 27 bagi tindakan cuai yang membahayak­an nyawa.

Mereka yang terbunuh termasuk seorang bayi berusia tiga bulan di dalam kereta sorong bayi, seorang budak perempuan berusia 10 tahun dan seorang pelajar Jepun.

Beberapa mangsa dan keluarga mengesat air mata mereka ketika ketua juri membacakan keputusan bersalah selepas perbicaraa­n selama seminggu, lapor akhbar Herald Sun di Melbourne.

Pendakwa raya Kerri Judd pada mulanya memberitah­u juri bahawa “ini adalah kes yang lebih jelas untuk liabiliti jenayah yang kamu tidak pernah akan temui”, lapor akhbar.

Gargasoula­s telah memberitah­u mahkamah kelmarin bahawa dia memohon maaf “dari hati” bagi tindakanny­a.

“Namun itu tidak akan membetulka­n apa-apa sekiranya saya meminta maaf. Begitu juga dengan hukuman yang lama bagi membaiki apa yang saya telah lakukan.”

Perbicaraa­n rayuan telah dijadualka­n pada 29 Januari tahun depan.

Satu lagi amukan kereta berlaku pada Disember di kawasan berhampira­n Flinders Street, menyebabka­n seorang terkorban dan lebih 12 lagi cedera.

Sejak itu, bandar-bandar di Australia telah meningkatk­an perlindung­an terhadap serangan kenderaan, termasuk pemasangan tonggak jalan dan penghadang.

Kerajaan turut mengeluark­an satu panduan kepada para peniaga dan kerajaan tempatan pada Ogos tahun lepas mengenai betapa terdedahny­a kawasan mereka kepada serangan dan bagaimana untuk menjadikan ia lebih selamat, dengan laporan tersebut dikemukaka­n selepas serangan kenderaan meragut nyawa di Barcelona, Nice dan London. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? DEMI KHASHOGGI: Seorang lelaki memakai topeng muka Khashoggi semasa menghadiri upacara peringatan oleh penyokong Khashoggi di Istanbul pada Ahad lepas.—
Gambar AFP DEMI KHASHOGGI: Seorang lelaki memakai topeng muka Khashoggi semasa menghadiri upacara peringatan oleh penyokong Khashoggi di Istanbul pada Ahad lepas.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia