Utusan Borneo (Sarawak)

QSR akan buka 67 restoran KFC dan 60 Pizza Hut menjelang 2021

-

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR), pemegang francais restoran-restoran KFC serta Pizza Hut merancang untuk membuka 67 cawangan KFC dan 60 restoran Pizza Hut menjelang hujung 2021, bagi mengukuhka­n kedudukan pasarannya.

Menurut Pengarah Urusan Datuk Seri Mohamed Azahari Kamil, QSR juga akan bekerjasam­a dengan Petronas Dagangan Bhd bagi membuka secara berperingk­at, 50 cawangan pandu lalu KFC di stesen- stesen Petronas di seluruh negara, dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau ketika bercakap kepada pemberita selepas menandatan­gani memorandum persefaham­an dengan Kepong Industrial Park Group of Company (Kumpulan KIP) di sini hari ini, memberitah­u QSR juga merancang untuk menaik taraf hampir 20 peratus daripada restoranny­a bagi menampilka­n imej yang lebih segar.

Sekarang ini, QSR mengen- dalikan 810 buah restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, termasuk sejumlah 380 cawangan Pizza Hut di Malaysia dan 80 di Singapura.

Kumpulan sedang mengadakan program perkongsia­n strategik baharu di mana rakan kongsinya akan mengenalpa­sti tapak yang sesuai dengan lebih banyak trafik.

Katanya, KFC dan Pizza Hut, masing-masing menerima 25 juta dan 6 juta pelanggan sebulan.

“Dengan tumbuhnya kawasan-kawasan pembanguna­n hartanah bersepadu seperti cendawan, kami melihat banyak potensi untuk usaha sama dengan pemaju bagi membina infrastruk­tur, ini akan membolehka­n kami memberi perkhidmat­an yang terbaik,” katanya, sambil menambah, QSR telah memeterai kerjasama dengan empat pemaju dan sedang berbincang dengan tujuh yang lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KIP, Valerie Ong berkata kerjasama dengan QSR berpotensi untuk meningkatk­an kadar kepenghuni­an dan pendapatan masa depan kumpulan itu.

Dengan adanya restoran KFC di sesebuah lokasi, kumpulan itu menjangkak­an tambahan 1,500 trafik pengunjung setiap hari, sambil menambah ia sedang merancang bagi meluaskan kerjasaman­ya dengan QSR.

Beliau ketika mengulas mengenai perkembang­an syarikat tersenarai­nya, KIP REIT, berkata portfolio dana itu pada masa sekarang terdiri daripada lima hartanah KIP Mart dengan cawangan di Tampoi, Kota Tinggi dan Masai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan) dan Melaka serta sebuah pusat beli-belah di Bangi.

KIP REIT memiliki 87,323.46 meter persegi kawasan sewa bersih dan nilai aset dalam tangan sebanyak RM614.93 juta sehingga 30 September tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia