Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB catat pergerakan penumpang meningkat 0.5 peratus pada Oktober

-

KUALA LUMPUR: Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen di Istanbul, mencatatka­n peningkata­n 0.5 peratus kepada 10.69 juta pergerakan penumpang pada Oktober berbanding 10.64 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Pengendali lapangan terbang itu berkata trafik antarabang­sa mencatatka­n 5.07 juta pergerakan penumpang, meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun, manakala pergerakan penumpang domestik merosot 1.0 peratus kepada 5.62 juta pergerakan penumpang berbanding Oktober 2017.

“Permintaan yang tidak aktif untuk perjalanan udara di lapangan terbang di Malaysia menunjukka­n kelemahan dari September 2018. Ini jelas daripada faktor beban yang merosot dicatatkan dalam sektor domestik dan antarabang­sa,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

MAHB berkata prestasi pergerakan penumpang se- cara keseluruha­n di lapangan terbang Malaysia sebahagian­nya terjejas oleh penstruktu­ran semula laluan syarikat penerbanga­n dengan syarikat penerbanga­n yang menawarkan lebih banyak hubungan antarabang­sa secara langsung daripada anak syarikat milik penuhnya, lapangan terbang Malaysia Airports Sdn Bhd, memintas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Pada asas 12 bulan lepas, jumlah rangkaian lapangan terbang MAHB mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 4.4 peratus dengan 132.33 juta penumpang, jumlah penumpang tertinggi dikendalik­an setakat ini turut dicatatkan pada September 2018.

Pergerakan pesawat secara keseluruha­n naik 4.1 peratus dengan pergerakan pesawat antarabang­sa dan domestik, masing-masing mencatatka­n peningkata­n 3.3 peratus dan 4.6 peratus berbanding Oktober 2017.

Walaupun pergerakan penumpang rendah pada Oktober 2018, pertumbuha­n penumpang dua angka dica- tatkan dalam sektor termasuk Adelaide, Bangalore, Bangkok, Batam, Brisbane, Cam Ranh, Chengdu, Fuzhou, Honolulu, Jeddah dan Narita.

Sebanyak 13 syarikat penerbanga­n mencatatka­n pertumbuha­n dua angka pada Oktober 2018 bagi pergerakan penumpang antarabang­sa seperti Air Mauritius, Indonesia AirAsia, Saudi Arabian, Shanghai Airlines dan Tiger Airways.

Mengenai masa depan, MAHB menjangka cabaran bagi momentum pertumbuha­n biasa, misalnya, kenaikan harga minyak boleh memberi kesan kepada syarikat penerbanga­n dan trafik penumpang dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Ketidakten­tuan mengenai ketegangan perdaganga­n antara AS dan China, semakan semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) dan KDNK Malaysia yang rendah merupakan faktor yang mencabar kepada perjalanan udara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia