Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitan sukuk Malaysia melebihi jangkaan bagi 2018

-

KUALA LUMPUR: RAM Ratings Services Bhd berkata terbitan sukuk Malaysia setakat akhir Sept 2018 bernilai RM123.9 bilion, melepasi jangkaan awal antara RM100 bilion dan RM120 bilion pada tahun ini.

Agensi penarafan itu dalam kenyataan hari ini berkata sejumlah RM24.9 bilion sukuk telah diterbitka­n pada suku ketiga 2018.

Pertumbuha­n itu dipacu oleh peningkata­n terbitan kerajaan (+17.0 peratus atau RM46.5 bilion) walaupun sektor korporat menyusut 41.8 peratus, menurutnya.

Menurut RAM Ratings, pasaran sukuk Malaysia berkembang 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM827.8 bilion sehingga akhir September 2018 (akhir September 2017: RM745.2 bilion).

Pada masa yang sama, pengkadara­n sukuk yang belum diselesaik­an berbanding keseluruha­n pasaran bon domestik kekal kukuh pada 59.8 peratus.

Sementara itu, terbitan terkini Sukuk Snapshot RAM Ratings melaporkan jumlah terbitan sukuk global merosot 12.2 peratus tahun ke tahun kepada US$66.8 bilion setakat akhir September 2018, daripada AS$76.1 bilion pada tahun sebelumnya.

Malaysia kekal menguasai 35 peratus bahagian terbitan sukuk global, diikuti Arab Saudi (26.5 peratus).

Sukuk dalam denominasi ringgit kekal sebagai pendahulu dengan 32.2 peratus bahagian pasaran sukuk global.

“Kami menjangkak­an pertumbuha­n terbitan sukuk global kekal tidak berkembang pada 2018, berkemungk­inan di bawah unjuran kami pada AS$75.0 bilion hingga AS$85.0 bilion tahun ini,” menurut RAM Ratings.

Pelanggan boleh mendapatka­n Sukuk Snapshot menerusi laman web RAM di www. ram.com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia