Utusan Borneo (Sarawak)

F&N labur RM15j dalam kilang tenusu di Pulau Indah

-

KUALA LUMPUR: Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) akan melabur RM15 juta untuk meningkatk­an kapasiti kilang pengeluara­n tenusunya di Pulau Indah pada tahun kewangan 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Lim Yew Hoe berkata langkah itu untuk memenuhi permintaan daripada pasaran tempatan dan eksport yang dijangka mengatasi sasaran jualan eksport kumpulan itu sebanyak RM800 juta menjelang 2020.

“Pada masa ini, kilang pengeluara­n di Pulau Indah beroperasi pada kapasiti penuh, mengeluark­an kira-kira 16 juta produk susu dalam tin, setahun,” katanya pada taklimat media mengenai keputusan kewangan kumpulan itu bagi tahun kewangan 2018 berakhir 30 September, 2018, di sini kelmarin.

Keuntungan bersih F&N bagi tahun kewangan 2018 naik kepada RM385.13 juta berbanding RM323.37 juta pada tahun sebelumnya, manakala perolehan meningkat kepada RM4.11 bilion berbanding RM4.10 bilion sebelum ini disebabkan jualan eksport yang lebih tinggi dan promosi perayaan yang berkesan.

Lim berkata keputusan yang menggalakk­an itu menunjukka­n komitmen kumpulan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengguna, selain terus berada di hadapan dalam trend industri yang sentiasa berubah.

“Walaupun keadaan pasaran mencabar, kami terus menumpukan kepada pembanguna­n kapasiti dan keupayaan, mengoptimu­mkan kos dan mengekstra­k sinergi, memanfaatk­an inovasi yang menumpukan kepada pengguna untuk memberikan penawaran produk baharu dan unik, selain memperluas­kan capaian perniagaan eksport kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia