Utusan Borneo (Sarawak)

GTR AirAsia perkenal pusat kawalan digital yang pertama di Malaysia

-

SEPANG: Syarikat perkhidmat­an pengendali­an darat AirAsia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) telah melancarka­n pusat kawalan digital Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur yang pertama, seumpamany­a di Malaysia.

Pusat kawalan digital sepenuhnya itu akan membolehka­n GTR untuk menjejaki pengendali­an pesawat dengan memproses maklumat digital masa nyata mengenai kemasukan penumpang, penyelaras­an bagasi dan aktiviti tanjakan melalui satu panel kawalan digital, dengan sasaran kendalian bagi setiap pesawat selama 25 minit sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata dengan mendigital­kan operasi, proses kemasukan pintu akan dilaksanak­an melalui telefon pintar oleh kakitangan perkhidmat­an pelanggan dan pada masa yang sama, mengawasi proses tersebut dengan masa nyata yang cekap dan tepat.

Telefon pintar yang sama juga akan digunakan pada karusel bagasi untuk penyelaras­an beg, manakala sistem muatan tanjakan ‘e-readback’ akan menyediaka­n maklumat kargo dan bagasi yang lebih tersusun bagi sesuatu pe- nerbangan.

“Ini akan meningkatk­an tahap keselamata­n dengan jaminan ketepatan 100 peratus mengenai bacaan beban serta imbangan pesawat untuk tujuan perancanga­n penerbanga­n serta menghapusk­an arahan muatan berasaskan kertas yang sukar dibaca pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca buruk,” katanya pada majlis pelancaran pusat kawalan itu oleh Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin, yang menyampaik­an taklimat operasi kepada Loke, berkata syari- kat telah memperuntu­kkan sejumlah RM35 juta untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an, merangkumi aspek kesejahter­aan pelanggan, kargo, dan operasi tanjakan.

“Pusat kawalan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan untuk menaik taraf operasi perkhidmat­an darat kami,” katanya.

GTR telah ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah usaha sama antara AirAsia Bhd dan S.A.T.S Ltd dari Singapura bagi menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an pengendali­an darat.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran, Loke memberitah­u inovasi yang dibuat GTR akan menyumbang kepada aliran kerja yang berkesan yang seterusnya memanfaatk­an penumpang dengan menyediaka­n satu pengalaman perjalanan yang lancar.

“Saya sentiasa menekankan keperluan bagi memperbaik­i lagi kecekapan operasi dan tahap perkhidmat­an lapangan terbang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? YANG PERTAMA DI MALAYSIA: Loke (empat kanan) merasmikan Ground Team RED di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA2) di Sepang, kelmarin. Turut hadir Tony Fernandes (lima kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun (empat kanan) dan Kevin Chin (tiga kanan).
— Gambar Bernama YANG PERTAMA DI MALAYSIA: Loke (empat kanan) merasmikan Ground Team RED di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA2) di Sepang, kelmarin. Turut hadir Tony Fernandes (lima kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun (empat kanan) dan Kevin Chin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia