Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian ASEAN bagi e-dagang buka laluan ke arah ekonomi digital

-

SINGAPURA: Perjanjian ASEAN mengenai e-dagang membuka laluan bagi ekonomi digital untuk terus berkembang di rantau ini dan pada masa sama memperkuku­h peraturan perdaganga­n dan pembanguna­n kesambunga­n digital serantau.

Ekonomi internet ASEAN dianggarka­n mencapai AS$200 bilion menjelang 2025.

“Negara Anggota ASEAN ( AMS) komited untuk mengekalka­n, atau menerima guna secepat yang boleh dilaksanak­an, undang-undang dan peraturan yang mentadbir urus transaksi elektronik dengan mengambil kira konvensyen antarabang­sa atau model undang-undang berkaitan e- dagang yang terpakai,” menurut Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Singapura dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu yang ditandatan­gani pada Isnin telah disahkan Menteri- menteri Ekonomi ASEAN semasa Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-50 pada 29 Ogos, 2018.

ASEAN kini mempunyai 330 juta pengguna Internet, jumlah pengguna internet ketiga terbesar di dunia. Secara purata pengguna internet di ASEAN meluangkan masa 3.6 jam sehari di internet mudah alih, lebih daripada pengguna lain di dunia.

Kementeria­n itu berkata lebih 50 peratus penduduk ASEAN berusia di bawah 30 tahun dan mempunyai daya tarik yang lebih besar kepada teknologi dan transaksi berasaskan internet.

Selain perjanjian itu, Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke17 tersebut juga memuktamad­kan Perjanjian Perdaganga­n ASEAN bagi Perkhidmat­an.

Ia akan memperkuku­h penyepadua­n pasaran perkhidmat­an ASEAN dan memperkena­lkan komitmen berkaitan perdaganga­n perkhidmat­an, sekali gus mewujudkan persekitar­an yang lebih liberal, stabil dan boleh dijangka untuk pembekal perkhidmat­an di rantau ini.

Mesyuarat itu juga memuk- tamadkan Protokol Keempat untuk Meminda Perjanjian Pelaburan Komprehens­if ASEAN yang akan memperkena­lkan komitmen yang lebih kuat, yang melarang pengenaan keperluan prestasi ke atas pelabur, dan membantu ASEAN kekal sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia