Utusan Borneo (Sarawak)

6 peratus SST juga dijangka dinaikkan dalam tempoh yang sama

-

PETALING JAYA: Cukai baharu ditambah dengan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) dijangka dilaksanak­an dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi, kata Pengarah Eksekutif -Cukai Perniagaan Deloitte Malaysia, Chia Swee Hoe.

Chia berkata enam peratus SST juga dijangka dinaikkan dalam tempoh yang sama untuk menampung kekurangan perolehan kerajaan lebih RM20 bilion selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Ketika ini, hanya 38 peratus di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP) kini di bawah SST berbanding 60 peratus di bawah GST. Saya percaya ini akan diperluask­an dari semasa ke semasa, selaras dengan kenaikan gaji,” katanya pada Komentar Belanjawan 2019 Persatuan Pembanguna­n Hartanah dan Perumahan (REHDA) di sini, semalam.

Chia juga berkata cukai baharu itu akan lebih menumpukan pada penggunaan, tetapi menambah kerajaan perlu mengkaji peningkata­n kos hidup sebelum melaksanak­an sebarang cukai baharu.

“Di masa depan, kerajaan mungkin mengubah suai dan menjenamak­an semula SST kepada sistem cukai lebih berstruktu­r,” katanya.

Dalam Belanjawan 2019 dibentangk­an pada 2 Nov, kerajaan mengumumka­n akan mengenakan cukai eksais 40 sen seliter bagi minuman bergula bermula 1 April 2019, manakala cukai digital akan dilaksanak­an dari 1 Jan, 2020.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata prestasi ringgit masih berdaya tahan berbanding mata wang lain seperti rupee India dan rupiah Indonesia.

“Penyusutan ringgit ketika ini adalah disebabkan faktor luaran seperti perang perda- gangan, harga minyak dan pengukuhan dolar AS. Faktor ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat kawal,” katanya.

Beliau menambah asas ekonomi Malaysia masih kukuh dan ekonomi domestik masih berdaya tahan, membantu meningkatk­an ringgit menjelang akhir tahun.

“Ringgit kini di bawah nilai dan kita berharap ia dapat mencapai 4.10 menjelang akhir tahun,” katanya.

Ringgit kini pada 4.1940/1970 berbanding dolar AS daripada 4.1860/ 1900 semasa ditutup semalam manakala Minyak Mentah Brent pada AS$69.38 setong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia