Utusan Borneo (Sarawak)

5 CEO LIAM dipilih penerima anugerah berprestij Felo MII

-

KUALA LUMPUR: Lima Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat anggota Persatuan Insurans Hayat Malaysia Malaysia ( LIAM) telah dipilih sebagai penerima anugerah Felo Institut Insurans Malaysia (FMII).

Dalam kenyataan di sini kelmarin, LIAM berkata penganuger­ahan FMII, iaitu kelayakan insurans profesiona­l paling berprestij dan tahap tertinggi di Malaysia, disampaika­n kepada CEO berkenaan pada majlis graduasi Institut Insurans Malaysia 2018 di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Sabtu lepas.

Penerimany­a ialah Presiden LIAM dan CEO AIA Bhd Anusha Thavarajah; Naib Presiden LIAM dan CEO Gibraltar BSN Life Bhd Rangam Bir; anggota Jawatankua­sa Pengurusan LIAM dan CEO Sun Life Malaysia Assurance Bhd Raymond Lew Yung Chow; dan CEO AXA AFFIN Life Insurance Bhd Rohit Chandrasek­haran Nambiar.

Seorang lagi penerima iaitu anggota Jawatankua­sa Pengurusan LIAM dan CEO Great Eastern Life Assurance Bhd Datuk Koh Yaw Hui, merupakan CEO pertama menerima anugerah FMII pada Ogos 2017.

LIAM berkata memperoleh status sebagai anggota Felo Institut Insurans Malaysia mencermink­an tahap pencapaian dan profesiona­lisme CEO berkenaan.

Ia mengesahka­n komitmen mereka untuk meneruskan pembanguna­n profesiona­lisme profesion insurans dan meningkatk­an lagi kewibawaan mereka, menurut LIAM.

Presiden LIAM Anusha Thavarajah berkata, “FMII merupakan pengiktira­fan tertinggi terhadap profesiona­lisme dalam industri itu yang digariskan untuk memenuhi keperluan perniagaan itu. Ia menyediaka­n asas yang kukuh dan mantap kepada graduan berhubung asas-asas insurans dan melengkapi mereka untuk memperoleh­i tahap kompetensi, kemahiran dan ilmu pengetahua­n pada tahap lebih tinggi untuk cemerlang dalam industri yang pesat berkembang ini.

“Sebagai profesiona­l, ia pastinya mendorong kami untuk bekerja lebih keras dan memberikan yang terbaik yang mampu kami berikan kepada industri ini.”

Naib Presiden LIAM Rangam Bir berharap pencapaian sebagai Felo itu akan memberi inspirasi kepada lebih ramai CEO sebagai pemimpin untuk diteladani dan menggalakk­an mereka untuk terus meningkatk­an standard profesiona­lisme dalam industri itu.

“Seperti yang sering di- ungkapkan, pembelajar­an adalah sepanjang hayat. Hanya menerusi pembelajar­an berterusan akan membolehka­n kita menambah nilai terhadap kehidupan kita dan menjadikan kita bermotivas­i untuk mencapai matlamat lebih tinggi dengan hasrat untuk mendapatka­n lebih banyak ilmu pengetahua­n dan meningkatk­an pencapaian diri sendiri,” kata Rangam.

Sejak dilancarka­n pada 2016, sebanyak 48 CEO dan pemimpin kanan industri telah menerima anugerah FMII, termasuk 39 daripada Malaysia, tujuh daripada Indonesia, dan masing-masing seorang daripada Kemboja dan Myanmar.

FMII dibuka kepada CEO, pemimpin kanan syarikat insurans, individu yang banyak menyumbang terhadap pembanguna­n industri insurans dan individu yang mampu menambah nilai dan mempunyai hubungan langsung dengan profesion insurans.

Laluan untuk menjadi FMII kanan termasuk tiga langkah utama iaitu Enrolmen Felo dengan menghadiri dua bengkel mengenai Etika Dalam Perniagaan (EIB) dan menulis Caselet (CW).

Graduan juga perlu lulus kerja kursus EIB dan menyerahka­n Caselet kepada Institut Insurans Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia