Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE ketuai syarikat Malaysia ke ekspo Abu Dhabi

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) akan mengetuai syarikat Malaysia ke pameran minyak dan gas (O&G) terbesar di Timur Tengah – Pameran dan Persidanga­n Petroleum Antarabang­sa Abu Dhabi (ADIPEC) 2018, dari 12-15 Nov untuk meningkatk­an lagi kehadiran Malaysia di rantau itu.

Timbalan Pengarah Seksyen Kimia dan Tenaga O&G Wan Azhamuddin Jusoh, berkata kehadiran negara pada pameran tahun ini amat penting dan tepat pada masanya kerana tiga daripada tujuh negara Timur Tengah telah melancarka­n beberapa pusingan pelesenan pada 2018 susulan laporan penemuan banyak sumber dan prospek sumber O&G, menurut Fitch Solutions.

“Prospek bagi penerokaan meningkat dengan banyaknya, ketika negara-negara Timur Tengah bercadang meningkatk­an penyertaan asing dan swasta dalam sektor itu.

“Syarikat Minyak Negara Abu Dhabi (ADNOC), misalnya, akan memperluas­kan secara signifikan operasi penapisan dan petrokimia di Ruwais (bandar yang terletak di Abu Dhabi), memberi peluang kepada pemain tempatan kita untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an mereka kepada ADNOC,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Selain menyasarka­n pembeli Timur Tengah pada acara itu, Wan Azhamuddin berkata syarikat Malaysia turut berpeluang untuk bertemu dengan pembeli berpotensi tinggi daripada Afrika.

Beliau berkata MATRADE juga telah mengenal pasti Afrika sebagai satu lagi pasaran utama bagi syarikat Malaysia kerana rantau itu sedang mengalami pertumbuha­n pesat, hasil pembanguna­n hidrokarbo­n di beberapa wilayah baharu.

“Sebagai organisasi yang mempromosi­kan perdaganga­n Malaysia, unjuran MATRADE terhadap pasaran akan membolehka­n syarikat Malaysia membuat perancanga­n eksport strategik dan kami yakin ADIPEC akan menjadi satu daripada platform unggul untuk mereka memasuki pasaran luar negara,” katanya dan menurutnya misi ke ADIPEC tahun lepas merekodkan jualan eksport sebanyak AS$49.28 juta (AS$1=RM4.18). — Bernama KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melakar pencapaian besar apabila lebih 500,000 kenderaan cekap tenaga (EEV) telah dikeluarka­n dan dijual di Malaysia, sekali gus mengukuhka­n lagi statusnya sebagai syarikat EEV utama negara.

Dalam kenyataan semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata perjalanan EEV Perodua bermula pada 2014 dengan Axia, EEV pertama negara, diikuti pelancaran EEV sedan pertama dan Myvi baharu.

“Sejak kedua-dua pelancaran itu, 342,600 Axia, 130,800 Bezza dan 75,800 Myvi baharu telah dijual di Malaysia setakat ini,” katanya.

Aminar berkata kesederhan­aan kenderaan Perodua telah menyumbang kepada kos penggunaan yang amat rendah di samping menepati aspirasi kerajaan ke arah persekitar­an Malaysia yang lebih bersih dan hijau, serta aliran global bagi kenderaan yang lebih cekap bahan api. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia