Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak tawaran dan diskaun menarik di Hotlink Rewards

-

KUCHING: Pelanggan Hotlink kini sudah boleh menikmati tawaran dan diskaun menarik dengan Hotlink Rewards baharu hanya dengan log masuk ke aplikasi Hotlink RED mereka untuk mendapatka­n mata, yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran setiap hari.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima ‘hadiah misteri’ setiap hari, di mana mereka berpeluang memenangi penerbanga­n percuma ke destinasi tempatan atau Asia Tenggara, atau mendapat lebih banyak mata ganjaran percuma untuk menebus tawaran pedagang atau pas Internet.

“Di Hotlink, kami sentiasa ingin berinterak­si dengan setiap pelanggan kami melalui cara-cara yang bermakna yang menawarkan nilai, setiap hari.

“Salah satu daripada ciri utama Hotlink Rewards baharu ini ialah kesenangan semua dan yang perlu anda lakukan hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED untuk mendapatka­n mata dan tawaran eksklusif tanpa keperluan minimum atau tempoh pemegangan.

“Di samping tawaran hebat ini, pelanggan boleh menikmati Internet amat pantas, bila-bila masa, di mana sahaja, dengan rangkaian 4G terpantas di negara,” kata Ketua Prabayar Maxis, Navin Manian.

Pelanggan boleh menikmati Hotlink Rewards dengan log masuk ke aplikasi Hotlink RED (untuk mendapatka­n aplikasi ini, muat turun dari Google Play Store atau Apple Store), buka aplikasi ini setiap hari dan tebus mata ganjaran harian.

Pada permulaan setiap bulan, pelanggan akan bermula pada tahap Silver, dan hanya dengan log masuk setiap hari, mereka boleh naik pangkat ke tahap Gold.

Pada masa sama, apabila mereka mencapai tahap Gold, nilai mata harian mereka akan bergandai dan ini bermaksud lebih banyak mata untuk menebus lebih banyak tawaran, setiap hari.

Di samping itu, mereka berhak untuk memenangi penerbanga­n percuma di bawah Hadiah Misteri.

Dengan mata yang dikumpul, mereka boleh menebus pelbagai hadiah seperti tawaran dan diskaun daripada pelbagai jenama dan pedagang yang popular, pas Internet dan banyak lagi.

Hotlink bekerjasam­a dengan pelbagai e-dagang dan jenama runcit yang mempunyai kedai di seluruh negara untuk membolehka­n pelanggan menikmati pelbagai ganjaran.

Antara jenama- jenama yang bekerjasam­a dengan Hotlink untuk program ganjaran ini termasuk McDonald’s, Shopee, Tealive, Expedia, Domino’s, Watsons, myNEWS.com, Agoda, Marrybrown, Zalora, Traveloka, Kenny Rogers ROASTERS, Klook, Tudung Kini, Easybook, MPH, mySMINK dan Fave.

Untuk senarai penuh jenama dan pedagang, sila log masuk ke aplikasi Hotlink RED.

Ketahui lebih lanjut mengenai Hotlink Rewards di sini atau lawati www.hotlink. com.my/hotlinkrew­ards.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia