Utusan Borneo (Sarawak)

Bersaing dengan Sarawak yang tawar harga RM0.09 sekilowatt jam

-

KOTA KINABALU: Kos elektrik, bekalan air dan logistik merupakan antara cabaran dihadapi Sabah untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata, meskipun kehadiran pelabur, terutama dari China meningkat, namun, ketiga-tiga aspek itu perlu sentiasa dititikber­atkan kerana ia sangat penting ke arah pembanguna­n industri lebih mapan pada masa akan datang.

Mengambil contoh kos bekalan elektrik, Madius yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri berkata, Sabah bersaing dengan Sarawak yang menawarkan harga pada kadar serendah RM0.09 sekilowatt jam hingga RM0.15 sekilowatt jam.

“Bagi Sabah, seperti mana ditaklimat­kan oleh Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), kos utiliti adalah kira-kira RM0.40 sekilowatt jam, dan apabila dibekalkan kepada pengguna tidak kira residen, industri atau komersil pada harga RM0.34 sekilowatt jam.

“Ini sangat kritikal dan pelabur datang ke Sabah meminta kos utiliti itu dikurangka­n serendah RM0.10 dan paling tinggi RM0.20,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Limus Jury (UPKO-Kuala Penyu) yang ingin tahu sejauh mana kerajaan negeri menarik minat pelabur ke Sabah, terutama dalam program Satu Daerah Satu Industri.

Madius berkata, masalah bekalan air juga menjadi cabaran bagi Sabah dan ini dapat dibuktikan apabila Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu sehingga pada satu tahap bekalan air dihantar menggunaka­n lori ke kilang terbabit.

Mengenai logistik, Madius berkata, ada beberapa pelabur China, terutama dalam pembuatan kaca ditawarkan beroperasi di Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas, Sipitang, namun, disebabkan masalah logistik, pelabur terbabit lebih berminat ditempatka­n di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Madius turut menghargai usaha Kabinet Sabah meluluskan pelabuhan Lahad Datu dan diisytihar­kan sebagai tempat pendaratan sah dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan beroperasi 24 jam.

“Kita juga berharap Lembaga Pelabuhan Sabah dapat memberi lesen kepada POIC dan dengan ini kita berharap akan dapat menarik pelabur pada masa depan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI TAKLIMAT: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama Madius (kanan) diiringi Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali (kiri) sebaik tiba bagi menghadiri sesi taklimat isu dan keselamata­n di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.
— Gambar Bernama SESI TAKLIMAT: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) bersama Madius (kanan) diiringi Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali (kiri) sebaik tiba bagi menghadiri sesi taklimat isu dan keselamata­n di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia