Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan keselamata­n perlu terus dipertingk­at walaupun terdapat kekangan

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar pihak berkuasa khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) terus memperting­katkan kawalan keselamata­n di negeri ini terutamany­a di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai kekangan termasuk keupayaan tenaga dan kewangan yang terbatas, namun usaha meningkatk­an kawalan keselamata­n perlu dilaksanak­an sebaik mungkin untuk memastikan keselamata­n di negeri ini terus terjamin.

“Hari ini (semalam) semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah diberi taklimat tentang keadaan keselamata­n di Sabah daripada ESSCom dan pada taklimat ini kita telah diberi penerangan mengenai langkah- langkah yang diambil untuk memastikan keadaan keselamata­n di Sabah terus terkawal terutamany­a di kawasan pantai timur Sabah.

“Dalam taklimat ini saya juga meminta semua pihak berkuasa khususnya ESSCom agar sentiasa berusaha memperting­katkan kawalan walaupun ada kekangan yang dihadapi,” katanya kepada pemberita selepas taklimat itu di Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Taklimat yang berlangsun­g kira-kira sejam bermula 9 pagi itu turut dihadiri ketigatiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew, serta Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai isu larangan penggunaan bot pam di perairan Sabah, Mohd Shafie berkata larangan berkenaan masih berkuat kuasa khususnya kepada pengguna warga asing.

Pengharama­n bot pam itu dikuatkuas­akan pada April 2016 khususnya bertujuan mengekang penggunaan bot tersebut oleh warga asing dalam usaha meningkatk­an keselamata­n di kawasan perairan ESSZone. — Bernama

 ??  ?? PENDEDAHAN: Murid-murid Sekolah Rendah Visi bersama guru-guru merakam gambar selepas lawatan belajar itu.
PENDEDAHAN: Murid-murid Sekolah Rendah Visi bersama guru-guru merakam gambar selepas lawatan belajar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia