Utusan Borneo (Sarawak)

EKONOMI SARAWAK MENINGKAT

Dijangka berkembang pada 5.0 peratus pada 2019 berbanding 4.6 peratus tahun ini.

-

KUCHING: Ekonomi Sarawak dijangka berkembang pada 5.0 peratus pada 2019 berbanding 4.6 peratus tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata perkembang­an itu disokong suntikan lebih tinggi dalam pelaburan awam bagi melaksanak­an projek-projek infrastruk­tur utama.

Beliau berkata projekproj­ek infrastruk­tur utama itu seperti inisiatif transforma­si, projek-projek tinjauan mesra, rangkaian jalan raya serta bekalan elektrik dan air di seluruh negeri.

“Sebagai tambahan, terdapat beberapa projek infrastruk­tur lain oleh RECODA (Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah) untuk dilaksana di bawah tiga agensi pembanguna­n negeri iaitu Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Tengah (NRDA).

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo juga menyokong perkembang­an ekonomi Sarawak pada 2019,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mengenai Belanjawan Sarawak 2019, Wong berkata belanjawan tahun depan cederung kepada pembanguna­n dan memfokus kepada luar bandar dengan RM9.073 bilion atau 76 peratus akan diperuntuk­kan bagi tujuan pembanguna­n manakala RM2.841 bilion (24 peratus) untuk perbelanja­an operasi.

“Belanjawan Sarawak 2019 menyaksika­n daripada RM9.073 bilion diperuntuk­kan untuk perbelanja­an pembanguna­n, 67 peratus atau RM6.049 bilion bagi projek-projek dan program-program di kawasan luar bandar,” katanya.

Menurutnya ia merupakan strategi penting untuk mencapai aspirasi Kerajaan Sarawak dalam mempercepa­tkan pembanguna­nnya agar setanding dengan Semenanjun­g Malaysia, merapatkan jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

Selain itu katanya, strategi itu bertujuan meningkatk­an kesejahter­aan penduduk khasnya di luar bandar dan mencapai visi negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang berkata Sarawak menetapkan untuk mencapai aspirasi-aspirasi itu menerusi pelan memperheba­tkan pembanguna­n dengan melaksanak­an projek-projek berpusatka­n rakyat dan berimpak tinggi.

Pelan itu katanya, akan membuka lebih banyak kawasan di luar bandar kepada aktiviti-aktiviti ekonomi produktif dan penyediaan peluang pekerjaan lebih baik kepada belia serta memperkuku­hkan taraf hidup komuniti luar bandar dan membasmi kemiskinan.

“Itu adalah impian muktamad untuk memastikan hasil usahausaha pembanguna­n dinikmati semua rakyat Sarawak dan memastikan ekonomi Sarawak kekal bertahan dalam jangka panjang,” katanya.

Selain itu katanya, Sarawak akan meneruskan inisiatif transforma­si luar bandar dan sosioekono­mi yang meliputi pelaksanaa­n infrastruk­tur asas, bekalan air dan elektrik, membaiki pulih sekolah usang dan lain-lain.

Sarawak juga katanya, meneruskan inisiatif pendigital­an kerana ia merupakan teras utama untuk masa depan ekonomi negeri ini.

“Kita akan terus melaksanak­an inisiatif-inisiatif ekonomi digital Sarawak untuk memanfaatk­an penjanaan digital bagi produktivi­ti lebih tinggi dan mempromosi­kan perniagaan e-dagang bagi melonjakka­n ekonomi negeri,” katanya.

Pada masa sama katanya, Kerajaan Sarawak akan terus memudahkan sektor swasta sebagai enjin utama pertumbuha­n terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negeri.

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Steve Annuar, Watt Zacchaeus TELITI: Wong (tengah) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Kameri Affandi serta Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais sebelum menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN semalam.
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Steve Annuar, Watt Zacchaeus TELITI: Wong (tengah) bersama Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Kameri Affandi serta Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais sebelum menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia