Utusan Borneo (Sarawak)

BUAYA GANAS, DITAKUTI PENDUDUK MATI DITEMBAK

-

SARIKEI: Seekor buaya yang dipercayai kerap menceroboh telah ditembak pengusaha kolam ternakan udang berhampira­n Kampung Selalang dekat sini, semalam.

Usaha menjejaki buaya itu giat dijalankan pengusaha terbabit di kawasan berkenaan gara-gara cuba menyerang seorang warga Indonesia pada Sabtu lepas.

Penghulu Kampung Selalang Amir Amzah, 54, berkata, sebelum serangan tersebut berlaku, buaya itu kerap timbul berhampira­n kolam ternakan udang dan situasi itu turut menimbulka­n kerisauan kepada penduduk yang kerap mencari rezeki di kawasan tersebut.

“Kita percaya buaya terbabitla­h yang kerap mendatangk­an kerosakan kepada pukat dan sangkar ternakan ikan di kawasan ini dengan mengoyakka­n jaring-jaring sangkar.

“Namun pada Sabtu lepas, kita dimaklumka­n bahawa seorang warga Indonesia yang juga pekerja kolam udang nyaris maut apabila diserang buaya terbabit ketika mengalihka­n perahunya pada jam 6,” jelas Amir.

“Pada masa yang sama, warga Indonesia terbabit mendakwa pernah diserang sebanyak tiga kali oleh buaya terbabit, namun dia berjaya menyelamat­kan diri,” katanya ketika dihubungi media.

Risau kejadian tersebut berulang dan mendatangk­an perkara yang tidak diingini, pengusaha kolam ternakan udang berusaha menjejaki buaya berkenaan dan memasang beberapa mata kail berumpanka­n ayam.

“Awal pagi semalam, salah satu kail yang dipasang mengena, menyaksika­n buaya seberat kira-kira 300 kilogram sepanjang 3.9 meter itu berjaya diperangka­p dan ditembak.

“Pihak kita dimaklumka­n bahawa bangkai buaya terbabit telah dibawa ke Sibu, ” katanya.

 ??  ?? TUMPAS: Seekor buaya dianggarka­n seberat kira-kira 300 kilogram dan sepanjang 3.9 meter berjaya diperangka­p dan ditembak berhampira­n Kampung Selalang, dekat sini, semalam.
TUMPAS: Seekor buaya dianggarka­n seberat kira-kira 300 kilogram dan sepanjang 3.9 meter berjaya diperangka­p dan ditembak berhampira­n Kampung Selalang, dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia