Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal dikhuatiri patah tulang kaki

Motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Astana, Petra Jaya semalam

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri patah tulang kaki selepas motosikal yang ditunggang­nya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Astana, Petra Jaya sekitar jam 2 petang semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia sekitar 30- an semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila gagal mengelak sebuah kereta yang dikatakan membelok masuk ke satu persimpang­an.

“Impak perlanggar­an tersebut menyebabka­n mangsa tercampak dari motosikaln­ya dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki.

“Orang ramai yang menyaksika­n kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa sementara menunggu ketibaan anggota paramedik di lokasi kejadian,” kata sumber.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki turut dikejarkan ke HUS akibat kecederaan di keduadua kakinya yang dihempap dinding semasa melakukan kerja meruntuh kuarters lama guru di Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat, di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.42 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berumur 22 tahun semasa kejadian sedang melakukan kerja meruntuh kuarters berkenaan yang kemudian secara tiba- tiba dihempap serpihan dinding kuarters tersebut di bahagian kakinya.

“Mangsa kemudian diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian oleh anggota EMRS Bomba sebelum dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut,” katanya.

Impak perlanggar­an tersebut menyebabka­n mangsa tercampak dari motosikaln­ya dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki. Sumber

 ??  ?? KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan kereta tersebut.
KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa yang bertembung dengan kereta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia