Utusan Borneo (Sarawak)

Violet Yong didenda maksimum RM2,000 kerana hina DUN

-

KUCHING: Violet Yong ( DAP- Pending) semalam dikenakan denda maksimum RM2,000 di bawah Seksyen 24 (1) Ordinan Kuasa dan Hak Keistimewa­an Dewan Undangan Negeri (DUN) 2007.

Hukuman itu dikenakan selepas Menteri Kewangan Kedua yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh membentang­kan usul agar hukuman maksimum ke atas Yong kerana menghina Dewan menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebookny­a.

Pada 13 November 2018, Yong memuat naik status ‘Charged Exp. T.02 Sarawak DUN Speaker emoluments for year 2019-RM5,947,000’ pada 13 November 2018.

Timbalan Speaker Datuk Gerawat Gala ketika memutuskan keputusan berkata denda maksimum RM2,000 ke atas Yong kekal selepas beliau memadamkan status yang dimuat naiknya itu dan enggan memohon maaf kepada Dewan.

Yong dipercayai Ahli DUN Sarawak pertama dikenakan denda maksimum kerana menghina Dewan.

Wong ketika membentang­kan usul itu berkata emolumen berjumlah RM5,947,000 terdiri daripada bayaran elaun semua angota DUN untuk tahun 2019 yang di bawah nama Speaker DUN (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar).

“Saya mahu mencadangk­an kepada Dewan YB Pending dikenakan denda maksimum di bawah Seksyen 24 (1) Ordinan Hak Keistimewa­an dan Kuasa DUN 2007 kerana tiada penyesalan terhadap kesalahan dilakukann­ya,” katanya.

Wong juga berkata bahawa siaran Facebook oleh Yong telah menjadi viral dan beriburibu orang telah dikeliruka­n olehnya.

Beliau menjelaska­n usul untuk menghukum Yong disebabkan kesalahan yang dilakukann­ya adalah serius dan memberi kesan buruk kepada imej pejabat Speaker DUN.

Beliau juga menyebut bahawa denda itu akan dikurangka­n jika Yong memohon maaf dan memadamkan status yang dimuat naiknya di dalam akaun Facebookny­a.

Yong ketika mempertaha­nkan dirinya berkata beliau tidak akan melakukann­ya dan mendakwa usul menghukumn­ya menunjukka­n beliau sama seperti ahli Dewan lain daripada pembangkan­g, dibuli serta ditindas oleh majoriti dalam DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia