Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sarawak antara terbaik dalam pemasangan sistem tetap untuk cegah, kawal risiko kebakaran

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Hanya tujuh peratus daripada 540 bangunan yang memerlukan Sijil Perakuan Bomba atau ‘Fire Certificat­e’ (FC) di Sarawak belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat M a l a y s i a ( J B P M ) Sarawak.

Demikian menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan yang turut melabelkan JBPM Sarawak antara yang terbaik di negara ini dalam pemasangan sistem tetap untuk mencegah dan mengawal risiko kebakaran.

Menurutnya bangunanba­ngunan yang belum mendapatka­n kelulusan t e r m a s u k b a n g u n a n kerajaan.

“Sarawak mencatat peratusan terbaik kerana hanya tinggal tujuh peratus sahaja bangunan yang belum mendapat kelulusan FC.

“Ini kerana terdapat bangunan kerajaan, komersial dan industri yang berisiko terbakar belum mempunyai sistem kelengkapa­n bagi mencegah kebakaran yang

Datuk Mohammad Hamdan Ketua Pengarah JBPM

ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Penolong Pengarah Negeri Bahagian Keselamata­n Kebakaran di sini, kelmarin.

Difahamkan bagi seluruh negara pula mencatat lebih 8,600 bangunan memerlukan FC dan hanya 50 peratus sahaja yang telah diluluskan.

“Bagi bangunan yang belum mendapatka­n kelulusan, maka kita akan tetapkan tempoh untuk mereka dan sekiranya gagal, maka kita akan kenakan denda iaitu sehingga RM50,000,” kata Hamdan.

Sementara itu, Hamdan turut memberitah­u bahawa kebajikan bagi enam waris anggota bomba yang terkorban di tebatan lombong Taman Putra Perdana, Puchong terus dibela dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pampasan insurans berjumlah sekitar RM300,000 hingga RM500,000.

Tambahnya jumlah tersebut meliputi beberapa jenis pampasan yang sebahagian­nya telah diserahkan kepada keluarga waris.

H a d i r s a m a p a d a majlis tersebut kelmarin ialah Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Edwin Galan Teruki dan Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman.

 ??  ?? SIMBOLIK:Hamdan (tengah) bersama Khirudin (dua kiri) dan Edwin (dua kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan mesyuarat tersebut kelmarin.
SIMBOLIK:Hamdan (tengah) bersama Khirudin (dua kiri) dan Edwin (dua kanan) memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan mesyuarat tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia