Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran RM5 juga kekal untuk pesakit yang berjumpa doktor pakar

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan memberi jaminan subsidi ubat dan konsultasi bagi pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan diteruskan dan kadar dikenakan kekal RM1 meskipun Skim Peduli Kesihatan B40 dilaksanak­an.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bayaran RM5 juga dikekalkan untuk pesakit yang berjumpa doktor pakar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam, Dr Dzulkefly menegaskan tiada istilah ubat ‘kelas kedua’ bagi ubatubatan generik yang telah didaftarka­n melalui kajian ‘bioequival­ence’ dan ‘availabili­ty’ kerana ia mempunyai kualiti dan keberkesan­an ubat inovator.

Sementara itu, beliau berkata Kementeria­n Kesihatan kini dalam peringkat awal penyediaan kertas cadangan mekanisme pelaksanaa­n kawalan harga ubat- ubatan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sedia ada di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Mekanisme kawalan yang dicadangka­n ialah harga jualan siling kepada pengguna di semua saluran pendispens­an yang dilihat paling sesuai untuk dilaksanak­an dan selari dengan amalan antarabang­sa,” katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (PH-Klang).

Menurut Dr Dzulkefly, langkah itu secara tidak langsung dapat menyelaras­kan harga ubat dan memastikan akses ubat-ubatan yang mampu milik kepada rakyat.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

Katanya, kementeria­n itu juga mengambil kira kepentinga­n semua pihak terlibat dalam memperinci­kan mekanisme kawalan harga ubat-ubatan yang akan dilaksanak­an kelak.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kementeria­n sentiasa menggalakk­an usaha untuk menggunaka­n ubat generik yang mampu milik dengan memberi keutamaan kepada ubat generik tempatan dalam perolehan ubat- ubatan bagi sektor awam.

Perolehan ubat-ubatan di Kementeria­n Kesihatan juga dibuat secara tender terbuka dan berpanduka­n kepada undang–undang dan peraturan perolehan kerajaan yang berkuat kuasa.

Dzulkefly berkata pada 2017, peratus perolehan ubat generik berbanding inovator adalah sebanyak 53.6% dengan nilai perolehan RM1,311.8 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, 50.3% merupakan ubat generik buatan tempatan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia