Utusan Borneo (Sarawak)

Pelampau agama boleh musnahkan perpaduan rakyat

-

KOTA KINABALU: Jangan ada golongan pelampau (ekstremis) dalam apa juga agama yang dianuti di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kewujudan golongan berkenaan boleh memusnahka­n perpaduan dalam masyarakat.

Katanya, usaha untuk mengelakka­n kewujudan golongan pelampau penting dalam membina satu tamadun.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan supaya rakyat dapat disatupadu­kan walau menganut pelbagai agama.

“Kita juga tahu salah satu komponan yang boleh memecahkan perpaduan adalah sikap perkauman.

“Jangan ada antara kita yang melakukan perkara berunsurka­n perkauman kerana kita ada hak yang sama di negeri ini tidak kira apa agama dan kaum.

“Inilah perubahan yang perlu kita lakukan dalam pentadbira­n negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyampaia­n Bantuan Kewangan Kerajaan Sabah kepada Sekolah dan Badan Keagamaan Bukan Islam 2018 di sini pada Selasa.

Shafie berkata, usaha memupuk perpaduan rakyat membolehka­n kerajaan menyediaka­n landasan untuk anakanak generasi akan datang supaya dapat bersatu padu dalam kerjasama yang erat.

Dalam pada itu, beliau turut sedar sekolah dan badanbadan agama perlu dibantu agar nilai-nilai murni dalam masyarakat dapat diterapkan.

Selain itu, pihaknya berharap bantuan berkenaan dapat mengurangk­an bebanan setiap penerima sekali gus melancarka­n setiap perancanga­n yang ditetapkan.

“Pendidikan adalah sektor utama yang memerlukan pelaburan besar bukan hanya pada kewangan malah nilai yang dihasilkan.

“Sebanyak 554 buah sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di seluruh Sabah menerima bantuan kewangan ini.

“Ia termasukla­h 279 badan keagamaan dan 275 sekolah seperti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Mubaligh, dan tadika,” jelasnya.

Shafie berkata, kerajaan turut bersetuju dan meluluskan sebanyak RM34.64 juta kepada pembanguna­n dan pembaikan sekolah dan badan keagamaan berkenaan.

Jumlah itu katanya menunjukka­n pertambaha­n sebanyak RM3.208 juta berbanding RM31.44 juta pada 2017.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memberikan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk bantuan sekolahsek­olah pada 2019 iaitu tambahan sebanyak RM3 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia