Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan dicekup dalam serbuan IPD Padawan

Tiga wanita, enam lelaki diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan salah guna dadah

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sembilan individu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Padawan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Kota Sentosa di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Merbin Lisa berkata, serbuan pada 13 November itu dilancarka­n hasil daripada maklumat awam serta risikan anggotanya.

Menurutnya, tiga daripada suspek yang ditahan merupakan wanita dan enam lagi adalah lelaki berusia sekitar 20 hingga 40-an.

“Kesemua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah, di mana hasil saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamin­e/Methamphet­amine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau memberitah­u, pihaknya turut menjumpai serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu dalam serbuan itu.

“Tiga daripada suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita disiasat di bawah Seksyen 39a (1) kerana memiliki dadah, manakala enam lagi disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952,” jelasnya.

Kesemua suspek kini ditahan reman di lokap polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dua adikberadi­k turut ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Semadang, Padawan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi Rabu lepas.

Difahamkan, dua adikberadi­k terbabit berusia 19 dan 24 tahun di mana seorang daripada mereka turut disahkan positif dadah.

“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut,” kata Merbin.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15( 1) ( a) ADB 1952.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgu­naan dadah, di mana hasil saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamin­e/ Methamphet­amine. DSP Merbin Lisa Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan

 ??  ?? DIRAMPAS: Dadah yang dirampas dalam serbuan di Kota Sentosa.
DIRAMPAS: Dadah yang dirampas dalam serbuan di Kota Sentosa.
 ??  ??
 ??  ?? MERBIN
MERBIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia