Utusan Borneo (Sarawak)

Kes warga emas rompak stesen minyak dibicara 17-18 Januari

-

MIRI: Mahkamah Sesyen menetapkan 17 dan 18 Januari 2019 untuk perbicaraa­n kes seorang lelaki warga emas yang dituduh melakukan rompakan bersenjata ke atas sebuah stesen minyak serta mencederak­an dua pekerja stesen berkenaan.

Pada masa sama, mahkamah turut menetapkan 11 Disember depan untuk pengurusan kes bagi tujuan serahan dokumen.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut mengikut Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Steve Ritikos setelah mendengar permohonan yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Aftal Mariz.

Dalam permohonan­nya, Aftal memberitah­u bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan daripada Pengarah Pendakwaan Sarawak supaya meneruskan perbicaraa­n terhadap tertuduh dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada tertuduh bersalah atau sebaliknya di akhir perbicaraa­n kelak.

Justeru, beliau memohon agar ditetapkan satu tarikh untuk perbicaraa­n tersebut.

Aji Undi, 57, dari Sungai Sigu, Bintulu telah didakwa mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh telah dituduh melakukan rompakan bersenjata dengan bersenjata­kan sebilah parang dan merompak wang tunai RM3,000 serta mencederak­an dua pekerja stesen berkenaan iaitu Nurul Balqis Hardi, 18, dan Robia William, 23.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.50 petang, 22 Julai lalu di sebuah stesen minyak di Desa Senadin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia