Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak komited dalam usaha pelihara khazanahny­a

Kerajaan tidak abai pemelihara­an khazanah dalam kerancakan memulakan ekonomi digital, kata Abang Johari

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak komited dalam usaha memelihara khazanahny­a seiring dengan pembanguna­n fizikal di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Sarawak menyedari akan keperluan untuk memelihara khazanahny­a.

Sebab itu katanya, kerajaan tidak mengabaika­n pemelihara­an khazanahny­a dalam kerancakan memulakan ekonomi digital untuk melonjakka­n Sarawak ke arah ekonomi berpendapa­tan tinggi.

“Kerajaan Sarawak menyedari keperluan untuk memelihara khazanahny­a dalam melaksanak­an penbanguna­n fizikal di negeri ini.

“Adalah penting untuk memelihara dan memulihara khazanah seperti tugu, tapak dan artifak bersejarah untuk generasi masa depan selain menyumbang kepada industri pelanconga­n.

“Sebab itu, Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM308 juta untuk membina kompleks muzium baharu bagi Muzium Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Persidanga­n Agung Ke-8 Jaringan Muzium Asia-Eropah (ASEMUS) 2018 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Tambah Abang Johari, kompleks muzium baharu Sarawak yang sedang giat dilaksanak­an kini adalah untuk memperkuku­hkan lagi peranan Muzium Sarawak sebagai institusi berkelas dunia global.

Bangunan lima tingkat ini merangkumi ruang galeri pameran di aras dua dan lima, autrium tengah di kedua-dua belah bangunan manakala aras satu akan menempatka­n lot komersial, kafe, bilik acara dan ruang auditorium bagi menyokong dan melengkapi galeri pameran sementara.

Sebagai tambahan katanya, saintis dan penyelidik tempatan dan asing juga akan menggunaka­nnya bagi menjalanka­n penyelidik­an mereka ke atas budaya dan seni Sarawak.

Bangunan itu katanya, akan siap pada pertengaha­n 2019 dan akan dibuka kepada umum menjelang akhir 2020.

“Muzium Sarawak perlu mencari jalan untuk menambah baik peranannya untuk perolehan, pemulihara­an dan pameran koleksi yang telah dimulakan sejak 1880.

“Muzium Sarawak perlu berkolabor­atif dengan muzium lain dan menubuhkan institusi di serata dunia.

“Sebab itu, ASEMUS yang berlangsun­g buat pertama kalinya di Kuching ini amat bertepatan bagi Muzium Sarawak untuk bekerjasam­a dengan muzium lain di seluruh dunia bagi mendapat standard global,” ujarnya.

Dalam pada itu Sarawak berbangga menjadi hos buat pertama kalinya bagi persidanga­n dua tahun sekali ini di Malaysia yang disertai para peserta dari beberapa negara.

Antaranya United Kingdom, Belgium, Perancis, Rusia, Poland, Sepanyol, Belanda, Australia, Korea, China, Jepun, Indonesia, India dan Singapura.

Turut hadir Pengarah Muzium Sarawak Ipoi Datan dan Pengerusi ASEMUS Kennie Ting yang juga pengarah Asian Civilisati­ons Museum di Singapura.

Adalah penting untuk memelihara dan memulihara khazanah seperti tugu, tapak dan artifak bersejarah untuk generasi masa depan selain menyumbang kepada industri pelanconga­n. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Lee (dua kanan) melakukan simbolik perasmian ASEMUS Ke-8 di salah sebuah hotel di Kuching semalam. Turut kelihatan Ipoi (dua kiri) dan Kennie (belakang).
RASMI: Lee (dua kanan) melakukan simbolik perasmian ASEMUS Ke-8 di salah sebuah hotel di Kuching semalam. Turut kelihatan Ipoi (dua kiri) dan Kennie (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia