Utusan Borneo (Sarawak)

Kompleks Muzium Sarawak diyakini jadi tumpuan dan tarikan pelancong

-

KUCHING: Kompleks Muzium Sarawak yang bakal siap pada pertengaha­n 2019 diyakini menjadi tumpuan dan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata malahan dengan siapnya projek itu nanti, ia akan menjadi mercu tanda yang ikonik terdapat di bandar raya Kuching.

Menurut beliau kompleks baharu Muzium Sarawak itu dijangka siap pertengaha­n tahun depan dan akan dibuka kepada awam pada penghujung 2020.

“Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM308 juta bagi membina kompleks baharu untuk Muzium Sarawak ini.

“Ia akan menjadi mercu tanda baharu yang ikonik kepada bandar raya Kuching,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan sempena Majlis Makan Malam Persidanga­n Umum Asia- Europe Museum Network Ke- 8 (ASEMUS) di sini, malam kelmarin.

Tambah Karim, koleksi di Muzium Sarawak telah dimulakan seawal 1880-an dan ia merupakan muzium tertua di Borneo dan terkenal dengan sejarah semula jadi dan koleksi etnografi yang terbaik.

Mengenai persidanga­n ASEMUS di Kuching, katanya ia amat istimewa kepada Sarawak kerana diberi peluang menjadi tuan rumah kepada acara berkenaan.

Beliau berkata ia menghimpun­kan penceramah dan peserta antarabang­sa ke Sarawak yang membolehka­n mereka bertukar idea serta pengalaman.

“Kita selain itu mengalualu­kan peserta meluangkan masa bukan sahaja melawat lokasi menarik di bandar raya Kuching tetapi juga mencuba makanan tempatan terkenal seperti laksa Sarawak, mi kolok, kek lapis dan sebagainya.

“Sarawak mempunyai lebih 20 kumpulan etnik yang hidup aman dan harmoni,” katanya.

Sementara itu Persidanga­n Am ASEMUS yang bermula 14 hingga 16 November itu disertai peserta daripada 17 negara.

 ??  ?? DIRAIKAN: Ipoi (enam kanan) bersama penceramah dan tetamu jemputan semasa menghadiri majlis makan malam sempena ASEMUS Ke-8 di Kuching, malam kelmarin.
DIRAIKAN: Ipoi (enam kanan) bersama penceramah dan tetamu jemputan semasa menghadiri majlis makan malam sempena ASEMUS Ke-8 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia