Utusan Borneo (Sarawak)

49 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul 1440H di Miri

-

MIRI: Sebanyak 49 kontinjen akan mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul 1440H Peringkat Bahagian Miri di Stadium Tertutup Miri di sini pada 20 November ini.

Jurucakap penganjur Ustaz Jol Kifli memberitah­u, kesemua kontinjen berkenaan sudah mengesahka­n penyertaan untuk pertanding­an sepanduk sempena perarakan itu kelak.

“Kita menjangkak­an lebih banyak kontinjen akan mendaftar pada saat akhir kelak,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, 12 kontinjen mendaftar untuk kategori A iaitu sekolah-sekolah (rendah dan menengah), institusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal.

Manakala 13 kontinjen lagi mendaftar untuk kategori B iaitu jabatan dan agensi kerajaan, sementara 13 yang lain mendaftar di bawah kategori C iaitu masjid dan surau.

“Tiga kontinjen lagi mendaftar di bawah kategori D iaitu sektor swasta, syarikat dan institusi kewangan manakala lapan yang lain mendaftar di bawah kategori E yang melibatkan persatuan, kelab, organisasi dan kumpulanku­mpulan hadrah,” tambah beliau.

Di samping pertanding­an sepanduk Maulidur Rasul itu, semua kontinjen termasuk para tetamu kehormat dan kenamaan akan berarak dari Stadium Tertutup Miri hingga ke kawasan pusat bandar raya dan balik semula ke stadium berkenaan, sebagai meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat bahagian.

Sehubungan itu, Ustaz Jol menyeru semua kontinjen datang seawal jam 6 pagi, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar dan mengikut jadual.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai dan peserta perarakan boleh menghubung­i pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di talian 085435819.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia