Utusan Borneo (Sarawak)

Kota Samarahan mesti dihubungka­n dengan baik dengan Kuching

-

KUCHING: Kota Samarahan yang semakin pesat membangun pada hari ini mesti dihubungka­n dengan baik dengan bandar raya Kuching.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Datuk Peter Minos berkata jika bandar kecil seperti Kajang dan Klang dihubungka­n dengan baik dengan bandar raya Kuala Lumpur menerusi jalan raya dan transit aliran ringan (LRT), Kota Samarahan juga harus dihubungka­n dengan baik dengan bandar raya Kuching.

Apatah lagi, Kota Samarahan dan Kuching masingmasi­ng mempunyai populasi yang tertumpu dan perniagaan yang berkaitan.

“Sebab itu mengapa pada jamuan malam ulang tahun kedua MPKS pada 11 November lepas, MPKS menyeru agar idea LRT kerajaan dilihat semula dan jika dapat tidak ditangguhk­an pelancaran­nya jika ada peruntukan.

“Untuk sementara waktu, lampu trafik dipasang di bulatan kritikal di Kota Samarahan, yang menyebabka­n trafik perlahan dan sesak pada waktu kerja puncak.

“Ketua Menteri telah berjanji untuk membantu dalam soal lampu trafik dan melihat semula idea LRT yang amat dihargai oleh kita,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Tambah Minos, masalah kesesakan trafik yang dihadapi pengguna jalan raya di Kota Samarahan menjadi isu utama pada masa kini.

Jika masalah ini tidak ditangani, lambat-laun ia akan menjejaska­n pembanguna­n, pelaburan dan perniagaan di Kota Samarahan.

Masyarakat sudah pasti tidak mahu mendiami atau menjalanka­n perniagaan di kawasan yang mengalami kesesakan trafik yang di luar kawalan.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan, MPKS bimbang akan masalah trafik yang dihadapi penduduk Kota Samarahan dan cuba yang terbaik dalam mengatasi masalah ini.

“Mustahil MPKS tidak bimbang dan menutup mata akan masalah ini dan MPKS mesti menjalanka­n peranannya bersama-sama dengan agensi kerajaan yang lain,” ujarnya.

Dengan lebih banyak pembanguna­n dijangka tumbuh di Samarahan, Minos menegaskan bahawa masalah trafik harus segera diatasi.

Katanya, adalah lebih baik jika masalah berkenaan diatasi sekarang sebelum ia bertambah teruk pada masa akan datang.

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia