Utusan Borneo (Sarawak)

IR 4.0 cabaran baharu kepada sektor perindustr­ian

Semua sektor perlu melakukan perubahan seiring dengan transforma­si digital untuk kekal berdaya saing

- Oleh Andy Sabang

Perubahan ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi.

SIBU: Revolusi Perindustr­ian Keempat ( IR 4.0) yang melibatkan teknologi memberi cabaran baharu kepada semua sektor perindustr­ian di Sarawak khasnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana perubahan tersebut memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transforma­si digital untuk kekal berdaya saing.

Awang Tengah berkata, IR 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakka­n kemajuan landskap dunia moden.

“Perubahan ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi.

“Ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kebergantu­ngan terhadap sumber tenaga sekali gus mengubah masa depan dunia pekerjaan,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Perusahan Kecil Sederhana ( SME) serta E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais semasa merasmi Seminar Perindustr­ian 4.0 di sebuah hotel terkemuka di sini.

Menurut beliau, Sarawak harus melakukan ‘leapfrog’ atau anjak pintas terus kepada IR 4.0 dengan menghasilk­an inovasi yang kreatif dan moden.

“Hanya dengan menguasai teknologi tersebut, Sarawak akan berada di barisan hadapan dalam pengeluara­n yang lebih pantas serta luas pasaran ekonominya.

“Lebih penting, sistem automasi yang terhasil daripada ‘ artificial intelligen­t’ akan membolehka­n penghasila­n produk berkualiti tinggi, terkawal serta tidak lagi bergantung kepada banyak pekerja,” ujarnya.

Katanya, kerajaan juga perlu memikirkan kaedah untuk memastikan para pelajar menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Ujar beliau, mereka juga harus dilengkapi dengan set kemahiran yang lebih luas supaya dapat memajukan pemikiran kritikal, kebolehan menyelesai­kan masalah kompleks dan kreatif.

Katanya, antara langkah yang boleh dilakukan adalah mengadakan rundingan dengan semua pihak berkepenti­ngan selain turut dilengkapi dengan kajian yang menyeluruh.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? RASMI: Naroden (tiga kiri) mewakili AwangTenga­h melancarka­n Seminar Perindustr­ian 4.0 di sebuah hotel terkemuka di Sibu semalam.
RASMI: Naroden (tiga kiri) mewakili AwangTenga­h melancarka­n Seminar Perindustr­ian 4.0 di sebuah hotel terkemuka di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia