Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembanguna­n estet perindustr­ian di Sungai Bidut diteruskan

-

SIBU: Kerajaan akan meneruskan projek pembanguna­n kawasan estet perindustr­ian di Sungai Bidut, Sibu selepas ia ditangguhk­an pada bulan Jun lalu.

Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Perusahan Kecil Seder- hana (SME) serta E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais berkata, kerajaan persekutua­n telah meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk meneruskan projek berkenaan.

Katanya, ia merupakan berita baik kepada golongan usahawan dan pada masa yang sama dapat menarik serta merancakka­n lagi sektor perindustr­ian di bahagian ini khususnya.

“Semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King telah ber- tanya kepada saya tentang status projek berkenaan dan saya beritahu beliau bahawa projek tersebut terpaksa ditangguh.

“Namun pada Isnin lalu selepas isu berkenaan dibangkitk­an kita telah dimaklumka­n bahawa kerajaan persekutua­n telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi meneruskan projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Seminar Perindustr­ian 4.0 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Naroden berkata, bagi projek menaik taraf Estet Perindustr­ian Rantau Panjang Fasa 1 yang kini sedang giat dilaksanak­an, dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Manakala projek pembanguna­n Estet Perindustr­ian Rantau Panjang Fasa 2 dijangka bermula pada tahun depan selepas proses pengambila­lihan tanah selesai.

Katanya, Estet Perindustr­ian Rantau Panjang yang terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar merupakan kawasan industri perkapalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia