Utusan Borneo (Sarawak)

Dilaksana mulai tahun depan, dana diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk hasil dividen MLNG Tiga

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa Sarawak akan sentiasa memperuntu­kkan lebih RM10 bilion dalam belanjawan negeri mulai tahun depan.

Menurutnya, dana itu diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk hasil dividen daripada Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga) yang kini mempunyai kepentinga­n 25 peratus.

Sebelum ini katanya, Sarawak mempunyai kepentinga­n 10 peratus dalam MLNG Tiga namun ia meningkat kepada 25 peratus hasil pembelian daripada Shell Malaysia Berhad pada April tahun ini.

“Tahun lalu, kita memperoleh dividen daripada MLNG Tiga sebanyak RM800 juta. Bagaimanap­un, pada tahun depan kita akan mendapat dividen melebihi RM2 bilion hasil daripada perolehan tersebut.

“Maknanya, dengan perolehan itu Sarawak akan mempunyai pendapatan tambahan yang menyumbang kepada peruntukan melebihi RM10 bilion dalam belanjawan negeri selepas ini.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk pembanguna­n luar bandar dan kawasan pesisir dengan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Sarawak Backbenche­rs bertemakan ‘Sayang Sarawak’ anjuran Sarawak Backbenche­rs Club di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Abang Johari merakamkan penghargaa­n atas sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap usul penubuhan Jawatankua­sa Perundinga­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) tempoh hari.

Katanya, usul itu dibuat ekoran daripada Jawa- tankuasa Pemandu MA63 di peringkat persekutua­n yang menyaksika­n Sarawak dan Sabah diwakili hanya dua individu.

“Maka itu saya memberitah­u Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar bahawa kita harus mempunyai jawatankua­sa sendiri sebagai rujukan dan nasihat untuk mengembali­kan hak MA63 yang terhakis.

“Justeru, saya mengucapka­n terima kasih atas sokongan anda (ADUN) untuk usul ini yang melibatkan banyak perkara berkaitan undangunda­ng,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Asfia, menteri-menteri kabinet negeri, menteri-menteri muda, Pengerusi Sarawak Backbenche­rs Club Paulus Palu Gumbang yang juga merupakan ADUN Batu Danau serta wakil rakyat lain.

Tahun lalu, kita memperoleh dividen daripada MLNG Tiga sebanyak RM800 juta. Bagaimanap­un, pada tahun depan kita akan mendapat dividen melebihi RM2 bilion hasil daripada perolehan tersebut. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar oleh Chimon Upon ?? CERIA: Abang Johari mendendang­kan lagu bersama isterinya, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang pada Malam Sarawak Backbenche­rs di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Asfia, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala dan Paulus.
— Gambar oleh Chimon Upon CERIA: Abang Johari mendendang­kan lagu bersama isterinya, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang pada Malam Sarawak Backbenche­rs di Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Asfia, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala dan Paulus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia