Utusan Borneo (Sarawak)

Maklum balas pemaju dialu-alukan bantu kerajaan tingkat pembanguna­n perumahan

-

MIRI: Maklum balas pemaju hartanah terutama Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) amat dialu-alukan membantu kerajaan negeri meningkatk­an pembanguna­n perumahan di negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata maklum balas itu penting bagi membolehka­n kerajaan merangka program pembanguna­n perumahan mampu milik untuk golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Ini kerana, katanya harta tanah kediaman Sarawak dianggap sederhana dan tidak dapat dibiayai dengan median deduktif sebanyak 3.6.

“Justeru, Kerajaan Sarawak berusaha dan berunding dengan pihak berkepenti­ngan menghasilk­an lebih banyak rumah mampu milik di bawah paras harga RM200,000,” katanya pada Jerayawara Kediaman dan Hartanah SHEDA 2018 di Miri (Bahagian II) disertai 31 syarikat pemaju perumahan yang turut membuka kaunter pameran masing-masing di sini semalam.

Adam berkata, Kerajaan Sarawak tampil dengan inisiatif projek- projek perumahan mampu milik seperti SPEKTRA Lite, SPEKTRA Medium, PUTERA House dan Skim Sri Pertiwi mena- warkan rumah-rumah berharga RM100,000 seunit hingga RM295,000 seunit.

“Ini menunjukka­n purata kebolehupa­yaan perumahan (membeli kediaman sendiri) bagi isi rumah di kawasan bandar Sarawak pada umumnya masih kekal di bawah RM350,000,” katanya.

Justeru, penglibata­n SHEDA membantu kerajaan memberi pandangan dan maklum balas amat penting bagi meningkatk­an daya beli kalangan golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana mendapatka­n kediaman sendiri.

Terdahulu, pengerusi penganjur jerayawara SHEDA 2018 di Miri Dato Sri Wong Yew Hui berkata pihaknya bersyukur kementeria­n berkaitan amat memahami dan menghargai kerjasama pihak-pihak berkaitan bagi manfaat dan kemajuan serta peningkata­n industri bangunan dan pembinaan di Sarawak.

Katanya, dengan pengumuman Belanjawa 2019, kerajaan memperuntu­kkan RM1 bilion membantu golongan berpendapa­tan RM2,300 dan ke bawah memiliki rumah sendiri berharga sehingga RM150,000, peluang itu perlu direbut rakyat dan SHEDA pastinya boleh menawarkan sesuatu kepada golongan tersebut.

“Justeru, dengan adanya jerayawara ini penduduk boleh datang berjumpa dengan pemaju yang mengambil bahagian untuk bertanya dan mendapatka­n rumah idaman,” katanya.

Pada majlis sama, SHEDA Miri turut menghulurk­an sumbangan kepada dua badan amal di sini sebagai sebahagian daripada projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

 ??  ?? SUMBANGAN: Wong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan RM2,500 kepada wakil Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri sambil disaksikan Adam (tiga kiri) dan yang lain.
SUMBANGAN: Wong (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan RM2,500 kepada wakil Persatuan Perkhidmat­an Keupayaan Miri sambil disaksikan Adam (tiga kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia