Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak, Petrosains bekerjasam­a mempromosi­kan bidang STEM di Sarawak

-

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) dan Petrosains Sdn Bhd (Petrosains) semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk bekerjasam­a mempromosi­kan bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) di negeri ini.

MoU itu ditandatan­gani oleh Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor John Wilson dan Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Fatimah Fedora Zulkifli sambil disaksikan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong di Swinburne Sarawak di sini.

Hadir sama menyaksika­n majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (MESTR) Dr Abdul Rahman Deen, Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sarawak Shamsur Taha, Pengarah Yayasan Sarawak Datu Azmi Bujang dan tetamu-tetamu lain.

John dalam ucapannya berkata, di bawah perkongsia­n itu, Swinburne Sarawak dan Petrosains akan menjalinka­n kerjasama membangunk­an kandungan dan aktiviti dalam STEM.

“Ia bagi menggalakk­an lebih ramai pelajar mengambil bahagian dalam bidang ini serta menggerakk­an komuniti ke arah ekonomi digital dan era Revolusi Industri Keempat.

“Justeru, kami optimis bahawa MoU antara Swinburne Sarawak dan Petrosains ini akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menyokong Sarawak mencapai 60 peratus pelajar mengikuti pengajian mereka dalam aliran sains khasnya,” katanya pada majlis itu semalam.

Sebagai tujuan untuk menjangkau lebih banyak sekolah dalam usaha ini, John berharap ia akan mendapat sokongan daripada MESTR Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Menurutnya, salah satu perkara yang ditetapkan dalam MoU adalah pembanguna­n bersama kandungan dan aktiviti termasuk program kesedaran, ceramah dan kerjasama industri, program khusus seperti Arduino, bit mikro, robotik, ‘ artificial intelligen­ce’, teknologi nano, reka bentuk semikonduk­tor, Internet untuk segalanya (IoT) dan Big Data.

“Melalui MoU ini juga, kami akan meneroka kemungkina­n untuk menubuhkan hab STEM khusus di Kuching sebagai strategi jangka panjang dalam memenuhi matlamat negeri,” katanya.

Pada masa sama katanya, kedua-dua organisasi terbabit juga akan bersama-sama membangunk­an program peningkata­n kemahiran baharu dalam komunikasi sains untuk pekerja Petrosains Playsmart Kuching agar dapat diperluask­an kepada guru pada masa depan.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u bahawa Swinburne Sarawak bersama Petrosains mengadakan program ‘Makers Meet’ bagi memupuk minat pelajar sekolah menengah terhadap mata pelajaran itu semalam.

Dianggarka­n kira-kira 600 pelajar sekolah menengah daripada 12 sekolah di kawasan Kuching dan sekitarnya mengambil bahagian dalam program tersebut, ujarnya.

 ??  ?? KERJASAMA: Manyin menyaksika­n pertukaran MoU antara Swinburne Sarawak dan Petrosains yang masing-masing diwakili John (kanan) dan Fatimah dalam satu majlis yang diadakan di Swinburne Sarawak, semalam.
KERJASAMA: Manyin menyaksika­n pertukaran MoU antara Swinburne Sarawak dan Petrosains yang masing-masing diwakili John (kanan) dan Fatimah dalam satu majlis yang diadakan di Swinburne Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia