Utusan Borneo (Sarawak)

UNIFOR terima RM30 juta bagi tahun 2019 Peruntukan diluluskan KM untuk bantu institusi bukan Islam bina, baiki dan tingkat rumah ibadat mereka

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menerima peruntukan kewangan tahunan berjumlah RM30 juta bagi tahun 2019.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mengumumka­n perkara itu berkata, peruntukan berkenaan telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membantu institusi bukan Islam membina, membaiki dan meningkatk­an rumah ibadat mereka.

“Beliau (Ketua Menteri) telah meluluskan RM30 juta kepada kita (UNIFOR) dan untuk makluman, pada tahun 2017 kerajaan negeri memperuntu­kkan RM15 juta kepada unit ini.

“Ia meningkat pada tahun 2018 dengan peruntukan RM20 juta dan untuk tahun depan RM30 juta,” katanya berucap pada Majlis Memberkati Pejabat Baharu UNIFOR yang disempurna­kan Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Simon Poh di Wisma Satok di sini, semalam.

Tambah Uggah, beliau yakin pada 2020, UNIFOR mungkin boleh memohon peruntukan yang lebih besar selepas pelaksanaa­n cukai jualan produk petroleum sebanyak lima peratus oleh Sarawak.

Katanya, ia kerana hasil daripada cukai jualan berkenaan memberi pulangan besar kepada Sarawak yang dianggarka­n menyumbang kepada RM3.9 bilion kepada pendapatan negeri.

“Ia adalah tambahan kepada pendapatan negeri sedia ada dan selepas kita melaksanak­an cukai jualan produk petroleum ini, pada tahun 2020 kita mungkin boleh memohon RM50 juta untuk UNIFOR,” tegasnya.

Uggah yang juga menteri bertanggun­gjawab menjaga UNIFOR berharap semua pihak dapat memberi sokon- gan kepada pelan pembanguna­n Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari.

Katanya melalui pelan pembanguna­n cukai jualan itu ia menjadi pendapatan tambahan daripada hasil produk petroleum Sarawak.

Berhubung pejabat baharu UNIFOR terletak di Wisma Satok itu, Uggah berkata ia merupakan satu lagi langkah daripada UNIFOR untuk kakitangan­nya.

Beliau berkata memandangk­an pejabat berkenaan adalah secara sewa selama tempoh tiga tahun, diharapkan bangunan baharu milik UNIFOR yang dicadangka­n dapat disiapkan untuk tempoh berkenaan.

“Kerajaan telah memperuntu­kkan tiga ekar tanah untuk pembinaan kompleks UNIFOR yang menjadi pejabat tetap.

“Kita berharap dengan tamatnya kontrak sewa blok bangunan ini dalam tempoh terbabit, diharap kompleks telah siap supaya kita dapat berpindah masuk,” katanya.

Sementara itu Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Janggu dalam ucapannya berkata, kakitangan unit berkenaan telah berpindah masuk ke pejabat baharu itu

Beliau (Ketua Menteri) telah meluluskan RM30 juta kepada kita (UNIFOR) dan untuk makluman, pada tahun 2017 kerajaan negeri memperuntu­kkan RM15 juta kepada unit ini. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

pada 1 November lepas.

“Secara keseluruha­n, UNIFOR akan mempunyai 32 kakitangan namun setakat ini kita mempunyai 20 kakitangan sementara 12 lagi kekosongan jawatan kini sedang dalam proses untuk merekrut,” katanya.

Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

 ??  ?? BAHARU:Uggah memotong reben sebagai simbolik perasmian pejabat baharu UNIFOR dan turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Penguang (kiri), Ngenang (kanan), Liwan (dua kanan) serta yang lain.
BAHARU:Uggah memotong reben sebagai simbolik perasmian pejabat baharu UNIFOR dan turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Penguang (kiri), Ngenang (kanan), Liwan (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia