Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat peribadi informan polis tetap sulit

Orang awam tidak perlu takut jika miliki maklumat perjudian di sekitar mereka

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Maklumat peribadi informan polis atau pemberi maklumat tetap sulit dan tiada yang perlu ditakuti oleh orang awam jika mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah perjudian di persekitar­an mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Dennis Leong Soon Kuai berkata, semua identiti informan akan disimpan sebagai rahsia.

“Terdapat segelintir orang awam bimbang polis akan meminta nama dan nombor telefon mereka apabila mereka memanggil kami.

“Mereka bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka apabila butir-butir mereka diberikan kepada polis,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pihak polis memerlukan maklumat peribadi informan supaya dapat menghubung­i mereka jika tidak dapat mencari lokasi jenayah yang dimaklumka­n.

Sehubungan itu katanya, polis telah menerima sejumlah 1,234 maklumat mengenai aktiviti perjudian haram di seluruh negeri sejak 1 Januari tahun ini.

Daripada jumlah itu, 993 maklumat adalah positif

SAC Dennis Leong Soon Kuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri

sekali gus membawa kepada penangkapa­n dan rampasan.

“Setakat ini tiada apa yang berlaku kepada pemberi maklumat ini, jadi tidak perlu bimbang untuk memberikan nama dan nombor telefon kepada polis.

“Kami memberi jaminan bahawa semua maklumat mengenai informan polis akan dirahsiaka­n,” katanya.

Beliau juga mahu orang ramai memberi maklumat terkini kepada polis dan bukan sesuatu yang lapuk.

“Kami memerlukan maklumat baharu kerana kami memerlukan banyak masa untuk menguruska­n kes.

“Jadi jika anda melihat sesuatu, hubungi kami secepat mungkin,”katanya.

Orang ramai katanya, boleh menghubung­i talian hotline CID 082-274213.

Katanya, polis Sarawak telah melancarka­n operasi secara besar- besaran memerangi perjudian haram yang kini sangat berleluasa.

“Lawatan saya ke sini pagi ini ( kelmarin) adalah untuk mendedahka­n pelbagai cabaran yang dihadapi polis di daerah berlainan mengenai perjudian haram.

“Kami perlu mencari cara untuk memperbaik­i apa yang telah kami lakukan,” katanya.

Polis juga bekerjasam­a dengan operator menjual loteri yang sah mengenai cara kedua-dua pihak bersepakat untuk membantera­s aktiviti perjudian haram di negeri ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, Timbalanny­a Martin Koo dan Ketua CID Sibu Benedict Faris Jimoy.

 ??  ?? SIDANG AKHBAR: Leong (duduk, dua kiri) dengan Stanley (kiri), Koo dan Benedict (kanan).
SIDANG AKHBAR: Leong (duduk, dua kiri) dengan Stanley (kiri), Koo dan Benedict (kanan).
 ??  ?? CEMERLANG: Chang (duduk, empat kiri), Chen (enam kanan) dan Lu (lima kiri) bersama penerima pada Majlis Kecemerlan­gan Pelajar SM Wong Nai Siong 2018.
CEMERLANG: Chang (duduk, empat kiri), Chen (enam kanan) dan Lu (lima kiri) bersama penerima pada Majlis Kecemerlan­gan Pelajar SM Wong Nai Siong 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia