Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar perladanga­n fokus kepada usaha bantu peladang

-

SIBU: Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sibu telah berjaya menganjurk­an program Seminar Perladanga­n Peringkat Bahagian Sibu baru-baru ini.

S e m i n a r t e r s e b u t dikendalik­an penceramah jemputan daripada Bahagian Kawalan Racun Perosak Sarawak, Cawangan Sibu dan Lembaga Sawit Malaysia yang memfokuska­n kepada pentingnya peranan keduadua agensi kerajaan ini dalam membantu peladang sama ada berskala kecil mahupun besar.

Pengurus Wilayah IGE Malaysia Kapten Anwar Kamal berkata, IGE Malaysia dengan kerjasama daripada universiti awam tempatan amat komited dan prihatin terhadap pengusaha ladang.

Katanya, sektor berkenaan dapat membantu generasi muda dalam memupuk minat mereka serta memberi kesedaran bahawa industri ladang dapat membantu menjamin masa depan mereka.

“Ini merupakan langkah kita yang pertama dengan menjalinka­n kerjasama dengan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Sibu untuk memberi latihan dan krusus bersesuaia­n.

“Selain itu seminar ini diharapkan dapat membantu golongan peladang mendapat bantuan dari segi pendidikan dan kepakaran dalam sektor perladanga­n,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar PPK Sibu Sengalang Jawan mengalu- alukan usaha pihak IGE Malaysia membantu para ahli PPK yang memerlukan khidmat nasihat.

Usaha sebegini ujar beliau, dilihat dapat memberi banyak kebaikan dan faedah kepada semua ahli PPK.

Pegawai Pertanian Bahagian Sibu Heidylia Joshua yang hadir bagi menutup program seminar berkenaan turut menyokong penganjura­n seminar seumpama itu.

Ujar beliau, pendedahan tentang aspek keselamata­n dalam penggunaan racun dan persijilan MSPO perlu diuaruarka­n kepada pengusaha kecil-kecilan ladang kelapa sawit, agar menerapkan teknik penggunaan selamat.

Selain itu jelasnya, IGE merupakan sebuah badan yang bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Teknologi Malaysia dalam menyediaka­n pengajian pembelajar­an separuh masa kepada mereka yang bekerja.

Ini dapat membuka peluang kepada para pekerja yang tiada masa, untuk meningkatk­an ilmu pengetahua­n mereka.

Katanya, IGE menawarkan pengajian separuh dan sepenuh masa dan sekiranya orang ramai ingin mendapatka­n keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Kaunselor Pelajar Jocky Jim Ungka di talian 014-9555711 atau talian pejabat 084-322242.

 ??  ?? KAUT ILMU: Seramai 30 peserta menghadiri seminar berkenaan baru-baru ini.
KAUT ILMU: Seramai 30 peserta menghadiri seminar berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia