Utusan Borneo (Sarawak)

Methodist Pilley Institute akan miliki bangunan baharu

-

SIBU: Methodist Pilley Institute ( MPI) di Jalan Lily di sini, akan memiliki blok bangunan empat dan setengah tingkat yang baharu bagi memberi ruang pembelajar­an yang kondusif kepada pelajarnya.

Menurut Pengetuany­a Hii King Kai, sebuah blok bangunan lama dua tingkat yang dibina pada 1971 akan dirobohkan dan digantikan dengan blok bangunan yang baharu itu.

Katanya, keseluruha­n projek berkenaan menelan kos kira-kira RM8 juta dan mengambil masa selama 14 bulan untuk disiapkan.

“Kita menjangkak­an projek ini siap pada Tahun Baharu Cina 2020.

“Jadi, kita akan memulakan kerja dengan segera, berharap dapat menyiapkan kerja ‘ piling’ sebelum semester baharu bermula untuk meminimumk­an bunyi bising yang boleh mengganggu waktu kelas pelajar,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah projek berkenaan baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Kehormat Lembaga MPI Hii Ching Chiong dan Pengerusi Pengarah Lembaga MPI Chang Jih Ren.

Menurut Hii lagi, pada masa ini blok bangunan yang lama tidak mampu menampung jumlah pelajar mereka yang telah mencecah lebih 1,000 orang.

T a m b a h n y a , M P I pada tahun depan akan memperkena­l beberapa program kursus baharu yang akan menyumbang kepada pertambaha­n pelajar.

“Jadi, dengan program baharu yang kami tawarkan pada tahun depan, kami tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyediaka­n pelajar dengan kualiti pembelajar­an yang baik, termasuk fasaliti,” katanya.

Oleh itu katanya, blok bangunan baharu itu nanti akan mempunyai kelas belajar, kawasan aktiviti pelajar, ruang perbincang­an dan perpustaka­an satu dan setengah tingkat.

Beliau juga memberitah­u, selepas blok bangunan itu siap kelak, ruang perpustaka­an yang lama akan dijadikan Hab IT.

“Jadi, para pelajar dapat melakukan kajian dan pembanguna­n lebih banyak lagi dalam bidang berkaitan teknologi,” katanya.

 ??  ?? BANGUNAN BAHARU: Hii (dua kiri), Ching (tiga kiri), Chang (dua kanan) dan yang lain bersamasam­a melakukan simbolik pecah tanah projek berkenaan.
BANGUNAN BAHARU: Hii (dua kiri), Ching (tiga kiri), Chang (dua kanan) dan yang lain bersamasam­a melakukan simbolik pecah tanah projek berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia