Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan pensyarah mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna kuasa

-

MELAKA: Pasangan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan salah guna kuasa mendapatka­n bekalan makmal bagi tujuan penyelidik­an daripada syarikat milik ibu mereka.

Kedua-dua tertuduh didakwa terlibat dalam menguruska­n pembelian barang makmal bagi tujuan penyelidik­an membabitka­n nilai RM52,000 sekitar Julai 2015 hingga Jun 2016 di UTeM.

Pasangan suami isteri, Muhammad Zulfattah Zakaria, 36, dan Norain Idris, 33, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Muhammad Zulfattah didakwa atas kesalahan menggunaka­n kedudukan untuk mendapatka­n suapan apabila terbabit menyediaka­n tiga sebut harga bernilai, RM19,986, RM19,975; dan RM9,102; bagi pembelian barang makmal dan perkhidmat­an penyelidik­an daripada syarikat HA Mega Supply milik ibu mentuanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UTeM di Alor Gajah antara 27 Jan 2015 dan 15 Julai 2015.

Sementara itu, Norain didakwa terlibat sama menguruska­n pembelian bekalan sama daripada syarikat sama, milik ibunya berjumlah RM3,498.

Dia didakwa melakukan ke- salahan itu di Pusat Pengurusan Penyelidik­an dan Inovasi di universiti sama antara 15 Jun dan 23 Julai 2015.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23( 1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ( SPRM) ( Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Irwan Shah Abdul Samat mencadangk­an jaminan sebanyak RM80,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan terhadap Muhammad Zulfattah manakala RM10,000 kepada Norain serta beberapa syarat tambahan.

Bagaimanap­un, peguam Rohaizad Kasim mewakili kedua-dua tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangka­n atas alasan pasangan suami isteri itu berpendapa­tan RM9,000 sebulan, perlu menanggung dua anak, dua ibu masing-masing serta seorang adik.

Selain itu, simpanan gaji dalam Tabung Haji dibekukan sejak setahun lalu, selain tidak pernah gagal memberikan kerjasama kepada SPRM.

Mohd Nasir memutuskan Muhammad Zulfattah diikat jamin sebanyak RM30,000 manakala isterinya RM10,000 serta perlu menyerahka­n paspot kepada mahkamah dan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia