Utusan Borneo (Sarawak)

JKDM rampas rokok bernilai RM4.6 juta di Pelabuhan Utara

-

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM4.6 juta di Pelabuhan Utara dekat sini Selasa lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM ( Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, rokok berkenaan dirampas setelah anggota JKDM bertindak menahan sebuah lori kontena yang baharu sahaja keluar dari Pelabuhan Utara pada kira-kira jam 3 pagi.

“Pemeriksaa­n anggota kami mendapati terdapat kira- kira 6.4 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang tidak dapat dibuktikan cukai kastam telah dibayar, disorok dalam kontena berkenaan.

“Siasatan kami turut mendapati sindiket berkenaan cuba mengaburi mata pihak kastam dengan mengisytih­arkan rokok berkenaan sebagai Jute Yarn, bahan yang digunakan untuk membuat kusyen dan permaidani,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma JKDM Selangor di Pulau Indah di sini semalam.

Tambah Zulkifli, pihaknya turut bertindak menahan pemandu lori warga tempatan berkenaan bagi siasatan lanjut.

Katanya, pemandu lori berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama pada September lepas dan kini sedang menunggu perbicaraa­n.

Beliau berkata syarikat ejen yang didapati sengaja memalsukan pengisytih­aran barangan itu, lesen syarikat ini akan dibatalkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Zulkifli (dua kanan) menunjukka­n sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media di Wisma Kastam, Pulau Indah, Pelabuhan Klang semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Zulkifli (dua kanan) menunjukka­n sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media di Wisma Kastam, Pulau Indah, Pelabuhan Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia